ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid KL jalankan pemeriksaan kesihatan harian kapten bas, cegah risiko Coronavirus

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, Rapid KL yang menguruskan lebih daripada sejuta penumpang bas dan rel di Kuala Lumpur dan Selangor telah mengambil langkah tambahan untuk meminimakan risiko terdedah kepada Coronavirus bagi memastikan kesihatan kakitangan dan penumpang. Ini termasuklah pemeriksaan kesihatan wajib pada kapten bas sebelum mereka bertugas di laluan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij berkata pihaknya telah mewajibkan pemeriksaan suhu dan keadaan kesihatan kapten bas setiap pagi di tujuh depot KL Rapid, serta di Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung. Hanya mereka yang disahkan sihat boleh meneruskan tugas. Selain itu, kapten bas dan kakitangan barisan hadapan syarikat akan dibekalkan dengan topeng muka.

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

Rapid KL mengendalikan lebih daripada 170 laluan; merangkumi lebih 1,100 kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Selangor. Langkah tambahan turut diambil seperti hebahan awam mengenai bahaya oleh Coronavirus dan langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk meminimumkan risiko di dalam kereta api LRT, MRT dan monorel sebagai tambahan kepada penerbitan infografik dan maklumat terkini menerusi rangkaian media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Abdul Hadi Amran berkata kebersihan tren dan fasiliti sentiasa menjadi keutamaan. Kesemua tren akan dibersihkan antara jam 1 pagi sehingga 4.40 pagi. Semua tempat duduk, pemegang dan stanchion akan dilap sehingga bersih dengan bahan pencuci bagai memastikan kebersihannya.

Tambahnya, setiap pagi antara jam 5.30 pagi dan 6.30 pagi, pekerja pembersihan akan mengosongkan tong sampah sekitar stesen dan platform, kemudian menyapu serta mengemop kawasan tersebut secepat yang mungkin. Kerja-kerja pembersihan lebih menyeluruh dan mengemop akan dibuat pada hujung waktu puncak di waktu pagi bagi mengelakkan gangguan kepada penumpang.

JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Pemegang eskalator dan butang lif akan dilap bersih dengan bahan pencuci tiga kali sehari, manakala tandas akan dibersihkan 18 kali sehari. Kerja pembersihan tambahan akan dibuat di semua kawasan sekiranya diperlukan. Tambah Abdul Hadi, apa yang penting, pihaknya perlukan sokongan dari penumpang untuk menjaga kesihatan masing-masing.

Sentiasa kekal selamat dengan memakai topeng muka dan menggunakan pencuci tangan yang dibekalkan di kaunter kakitangan dan mereka amat dialu-alukan untuk menggunakannya. Sementara itu, Pakar Perunding di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. Tengku Saifudin Tengku Ismail mengingatkan peunumpang untuk mencuci tangan dengan sabun atau pencuci tangan berasaskan alkohol sekerap yang mungkin.

Penumpang turut dinasihatkan untuk menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin dengan tisu dengan tangan. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak memakan produk berasaskan haiwan yang mentah dan tidak dimasak sepenuhnya atau menyentuh haiwan ternakan dan liar dengan tangan. Akhir sekali beliau turut menasihatkan supaya mengelakkan dari mendekati individu yang mempunya simptom seperti demam dan selesema.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply