ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ravindran Kurusamy dilantik Presiden baharu UMW Toyota

Views

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. mengumumkan perlantikan En. Ravindran Kurusamy sebagai Presiden baharu yang akan menggantikan Datuk Ismet Suki yang akan bersara setelah 26 tahun berkhidmat dengan syarikat tersebut. Ravindran juga telah bersama dengan syarikat selama 26 tahun dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam bahagian yang berbeza. Pengalamannya sudah pasti memberikan input yang bernilai kepada operasi syarikat serta hubungan dengan rakan kongsi, Toyota Motor Corporation.

Perlantikan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 dan sebelum itu Ravindran merupakan Pengarah Eksekutif yang bertanggungjawab dalam Lepas Jualan, Pembelian, Jaminan Kualiti dan Hartanah. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari universiti di Amerika Syarikat pada 1988.

Sebagai Presiden baharu, Ravindran akan membawa syarikat terus ke hadapan dan meneruskan momentum perkembangan walaupun ketika ini industri automotif Malaysia berada dalam situasi sukar. Objektif utama beliau adalah untuk memaksimumkan prestasi keseluruhan Toyota di pasaran Malaysia dan memastikan jenama tersebut kekal sebagai pemain utama dalam sektor automoif negara.

Tahniah kami ucapkan kepada En. Ravindran dan selamat bersara kepada Datuk Ismet Suki.

KLIK UNTUK BESARKAN

umw-toyota-motor-sdn-bhd-president_mr-ravindran-kurusamy

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply