ARKIB

KATEGORI

Tular

Rebut parkir punya pasal, bergaduh sampai hantar surat layang

Tular

Views

Seorang pemilik rumah berang sehingga menghantar surat layang kepada individu yang didakwa cuba merebut petak parkir miliknya di sebuah kawasan perumahan.

KOSMO! ONLINE melaporkan, menerusi satu perkongsian di laman Twitter, lelaki menujukan surat layang itu kepada individu yang cuba merampas petak parkirnya walaupun dia telah menanda petak berkenaan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

“Ini parkir orang. Kalau dah letak ‘tanda’ kerusi itu bermakna parkir tersebut milik seseorang. Suka hati nak ambil parkir aku, pandai pula pulangkan kerusi itu ke rumah aku. Cerdik ke bengap?,” luah pemilik rumah itu.

Difahamkan kejadian berebut parkir berkenaan berlaku di salah sebuah kawasan perumahan flat, namun tidak dinyatakan dengan jelas lokasinya.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen termasuk daripada penduduk setempat. “Siapa cepat dia dapat,” tulis Muhammad Shukri.

“Beli parkir itu baru boleh cakap awak punya parkir. Tak letak kerusi pun orang tak berani nak ambil,” komen pengguna lain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fasha Ridzwan. “Yang bengapnya diri sendiri. Duduk flat berlagak macam duduk kondominium mewah,” ujarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply