ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekaan dalaman Geely Preface versi pengeluaran didedahkan

Berita Global

Views

Setelah memaparkan rekaan luaran pada 14 Ogos lalu, kini tiba giliran bahagian dalaman Geely Preface versi pengeluaran pula didedahkan menerusi laman sesawang rasmi Geely Auto (Geely). Model aras tinggi terbaharu dari Geely itu menampilkan sebahagian daripada reka bentuk kabin, termasuklah papan pemuka, konsol tengah dan kemasan pintu.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Di tengah-tengah papan pemuka Preface diletakkan sebuah skrin sentuh besar bersaiz 12.3 inci yang memaparkan teknologi GKUI bersama sistem pembesar suara berprestasi tinggi yang dibekalkan oleh pengeluar audio terkemuka, BOSE. Selain itu, sistem pengudaraan dalam-kereta pula menjalankan fungsinya sebagai penuras dan penyegar udara buat pemandu serta penumpang.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Sama seperti model lain di bawah jenama Geely Auto, ‘kokpit’ pada model Preface diinspirasikan dari pesawat, ini termasuklah tuil gear ala ‘tombol penujah enjin jet’ dan skrin navigasi yang besar. Tempat duduknya pula dibaluti kemasan kulit gred tinggi bersama bahan gred tinggi yang lain pada ruang dalaman bagi memberikan rasa mewah dan premium di ruang kabin.

Di era Inovatif Geely 4.0, jenama tersebut akan lebih menumpukan kepada penggunaan seni bina modular yang membolehkan ketersambungan, kepintaran dan kualiti yang merangkumi keselamatan sebagai ciri standard. Senarai penjana untuk model Geely Preface bakal diumumkan dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply