ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekaan konsep kereta elektrik Malaysia (MEV), cetusan idea mantan pereka Proton

Gambaran Artis

Views

Nama Saharudin Busri atau lebih dikenali sebagai Wak memang tak perlu kami diperkenalkan lagi. Beliau telah banyak berkongsi idea reka bentuk kenderaannya dengan kami dalam beberapa artikel sebelum ini.

Kali ini, Wak mendedahkan idea rekaan konsep kereta elektrik Malaysia (MEV) semasa acara tahunan Hari Reka Bentuk Perindustrian Sedunia (WIDD) yang dianjurkan oleh Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (Pereka) pada 3 dan 4 Julai lalu.

Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad dan mantan pereka Proton ini telah menggunakan kepakarannya dalam perisian rekaan 3 dimensi dengan menghasilkan sebuah model konsep kenderaan elektrik (EV) berbentuk sebuah hatchback kompak.

Menurutnya, model EV hatchback kompak ini berada dalam segmen-B yang menggunakan pelantar asas Volkswagen Polo. Segmen ini katanya, amat diminati oleh semua peringkat umur dan sebab itulah Perodua Myvi masih memegang takhta “Raja” kereta kompak di Malaysia.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Secara keseluruhan, reka bentuk model EV hatchback kompak ini lebih konvensional dan lebih mirip kepada model pengeluaran. Ia menampilkan rekaan yang ringkas dengan lekuk-lekuk badan yang menonjolkan karektornya.

Dari depan, rekaannya agak garang dengan lampu depan jenis LED nipis yang disambungkan dengan lampu siang LED (DRL) yang membentuk jejalur cahaya memanjang menggantikan jeriji. Disebabkan ia merupakan sebuah EV, model ini tidak mempunyai jeriji yang khusus.

Namun bahagian bamparnya memperlihatkan rongga kemasukan udara yang besar dan ini sekali gus memberi visual sporty pada model tersebut. Dari sisi, ia seakan sebuah Volkswagen Golf dengan gaya yang lebih moden. Di bawah tiang-Anya, kelihatan kemasan jejalur krom yang terus bersambung kepada cermin sisi.

Pada tiang-Cnya pula, ada sedikit kemasan hitam pada bucu atas yang memberikan visual seolah bumbung terapung. Ke bahagian belakang, ia kelihatan unik dan futuristik dengan rekaan lampu seakan jejalur LED yang bersambung antara satu sama lain.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Rekaan bampar yang sporty dan minimalis menjadikan rekaan belakang model ini ‘tak jemu mata memandang’. Masuk ke dalam kabin, ia kelihatan sangat moden dengan susun atur reka letak papan pemuka yang kemas. Kebanyakan unsur rekaan pada papan pemukanya dipengaruhi oleh bentuk bulat, terutama sekali rekaan corong pendingin hawa dan butang kawalan di konsol tengah.

Kelihatan dua skrin, satu jenis terapung di belakang stereng yang berfungsi sebagai kelompok paparan meter digital dan satu lagi di tengah papan pemuka yang merupakan unit sistem infohiburan. Sarung tombol gearnya pula mengingatkan penulis kepada ‘janda lama’ iaitu Proton Savvy.

Rekaan pembesar suara pada bahagian pintu turut disuntik dengan elemen sporty yang memperlihatkan skru mengelilinginya. Tempat duduknya nampak seperti jenis separa bucket, dengan kemasan tiga tona.

Rekaaan injak brek dan pemecutnya nampak lain dari yang lain dengan kemasan hitam berkilat yang diselangi dengan rona hitam kusam. Secara keseluruhan, rekaan model EV hatchback kompak menepati kriteria utama sebagai model konsep masa depan yang berpotensi untuk menjadi realiti.

Cuma buat masa ini, kita hanya mampu melihatnya dalam bentuk tiga dimensi. Terima kasih Wak kerana sudi menghasilkan satu versi kuning, khusus untuk Funtasticko.net. Semoga lebih banyak karya hebat Wak, dapat kami kongsi lagi selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply