ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentas negeri dibenarkan dan My Travel Pass dimansuhkan mulai esok – PM

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu sidang media khas yang disiarkan sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula esok setelah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Tambah beliau, syarat untuk rentas negeri adalah lengkap dua dos vaksin dan meskipun tiada sekatan jalan raya khusus untuk rentas negeri, pasukan polis akan tetap melakukan pemeriksaan secara rawak di lokasi tertentu, sebagai contoh di Hentian Rehat dan Rawat (R&R).

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan My Travel Pass mulai esok dan kini rakyat Malaysia dibenarkan untuk ke luar negara untuk tujuan pelancongan dan lain-lain.

Syarat utama untuk ke luar negara juga lengkap dua dos vaksin dan mereka perlu menjalani ujian saringan tiga hari sebelum pulang. Setibanya di tanah air, mereka perlu sekali lagi menjalani ujian saringan di pintu masuk dan kemudiannya perlu menjalani kuarantin wajib di rumah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply