ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentas negeri ke Genting Highlands tanpa kebenaran – 12 individu dikompaun

Berita Tempatan

Views

Seramai 12 individu dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 seorang kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran daripada polis dalam operasi pemantauan di Kilometer 17, laluan menghala ke Genting Highlands siang tadi.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kompaun dikeluarkan menerusi pemantauan Op Covid-19 oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beliau berkata, mereka yang dikompaun membabitkan 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 58 tahun.

Katanya, kesemua mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah daripada polis. Kesemua mereka yang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Genting Highlands.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 2) 2021.

Tambahnya lagi, tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih gagal dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Bentong

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply