ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentas negeri masih tidak dibenarkan meskipun antara zon hijau – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Aktiviti rentas negeri masih tidak dapat dibenarkan meskipun antara kawasan hijau, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Berita Harian, beliau berkata setakat ini, kebenaran merentas negeri hanya diberikan secara bersyarat iaitu perjalanan bagi tujuan pelancongan melalui agensi pelancongan dan bukan perjalanan secara individu.

Ini kerana katanya Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi ‘sensitif’ berhubung kebenaran rentas negeri kerana aktiviti itu pada Disember lalu pernah merekodkan 32 kluster baharu COVID-19. Jelasnya, sekarang ini hanya perjalanan melalui agensi pelancongan sahaja yang dibenarkan kerana pihaknya akan tahu perincian perjalanan mereka keran dimaklumkan kepada pihak polis.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ismail Sabri sekali lagi menegaskan tiada sesiapa pun termasuk golongan berstatus VIP akan terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19.

Beliau berkata sebelum ini pun, tindakan undang-undang telah dikenakan terhadap beberapa golongan VIP seperti menteri dan timbalan menteri kerana didapati melanggar SOP. Ismail Sabri juga berkata setakat ini, seramai 21,791 anggota tentera telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama membabitkan anggota yang bertugas di barisan hadapan seperti di sekatan jalan raya serta yang bertugas di luar negara seperti Lubnan dan Filipina.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kem Sri Pantai Seberang Takir yang menempatkan Batalion ke-18 RAMD telah menerima peruntukan kira-kira RM30 juta bagi projek pembangunan dan naik taraf. Katanya antara projek yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan sebuah poliklinik membabitkan peruntukan RM25 juta.

Poliklinik ini bukan sahaja bakal memanfaatkan kira-kira 800 penghuni kem malah masyarakat luar, selain sebuah masjid baharu membabitkan peruntukan RM5 juta yang bakal menampung kapasiti 1,000 jemaah dan akan turut dibuka kepada masyarakat luar.

Tambah beliau, kerja pembinaan poliklinik kesihatan itu telah bermula Januari tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2023. Masjid baharu juga telah mula pembinaannya pada Januari tahun ini dan dijangka siap November tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply