ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rezeki nak kahwin, Muhammad Haye Nafiqi menang Toyota Vios Edisi Khas

Views

Inilah yang dinamakan rezeki sebab nak melangsungkan perkahwinan, hanya dengan menjawab beberapa soalan ketika acara festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) di MAEPS, Serdang, Muhammad Haye Nafiqi bin Saidin terpilih sebagai pengunjung bertuah dan menenangi sebuah Toyota Vios Edisi Khas, bernilai RM85,000.

Katanya, Toyota Vios sememangnya kereta idamannya dan tidak pernah terbayang akan memenanginya kerana beliau hadir untuk menyaksikan Vios Challenge kerana meminati sukan permotoran, selain menyaksikan Fattah Amin berlumba. Beberapa minggu kemudian, beliau mendapat panggilan dari UMW Toyota Motor yang memaklumkannya telah memenangi sebuah kereta. Vios ini juga bakal menjadi kereta rasmi pada majlis perkahwinannya nanti.

Muhammad Haye dari Selangor berkunjung ke Medini City di Johor hujung minggu ini untuk mengikuti festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi UMW Toyota Motor En. Akio Takeyama ketika acara berkenaan. Sebuah lagi Toyota Vios SE bakal dimenangi oleh pengunjung di Medini City pada acara yang sama dan pemenang akan diumumkan sebaik sahaja semua penyertaan dinilai oleh auditor.

Tahniah Muhammad Haye Nafiqi dan Selamat Pengantin Baharu!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply