ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Rider’ foodpanda di Melaka mogok bantah skim pembayaran baharu

Berita Tempatan

Views

Sejak semalam tular beberapa foto beberapa penunggang syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, foodpanda di Melaka melancarkan mogok selama 18 jam. Menurut Harian Metro, protes secara aman bermula jam 8 pagi itu sebagai membantah pelaksanaan skim pembayaran baharu diperkenalkan syarikat itu yang berkuat kuasa mulai hari ini kepada semua penunggangnya di luar Lembah Klang.

Pembantu Kapten Rider (ARC) Hang Tuah, Abdul Hadi Abdul Malik, 24, mendakwa mereka itu kecewa apabila pelaksanaan skim pembayaran baharu itu dibuat tanpa ada perbincangan lanjut. Katanya, mereka hanya mahukan syarikat mengembalikan semula bayaran RM4 sejam yang selama ini dinikmati penunggang sambil mengekalkan insentif seperti sedia ada tanpa menuntut sebarang kenaikan lain.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tambahnya, dengan skim baharu ini, ia bersifat menekan dan membebankan penunggang yang selama ini bergantung kepada tempahan perkhidmatan makanan. Mereka bukannya mahu menentang syarikat, tetapi biarlah sebarang bentuk skim diperkenalkan itu bersifat situasi menang-menang.

Abdul Hadi berkata, penunggang foodpanda di negeri ini ketika ini seramai 220 ahli termasuk penunggang separuh masa yang ditugaskan dalam dua zon iaitu di Hang Tuah dan Melaka Tengah. Sementara itu, Mohd Amirudden Rosman, 24, mendakwa pendapatan penunggang foodpanda ada pasang surutnya terutama di kawasan seperti Melaka.

Katanya, jika ada promosi dijalankan, pesanan untuk tempahan makanan meningkat. Begitu pula sebaliknya, tempahan akan turut terjejas apabila tiada promosi memandangkan pendapatan penunggang banyak bergantung kepada tempahan pelanggan. Mohd Amirudden telah berkhidmat secara sepenuh masa dengan foodpanda lebih dari enam bulan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Seorang lagi penunggang, M Vinod, 26, mendakwa penunggang perkhidmatan penghantaran makanan itu tidak kisah ‘kebajikan’ mereka tidak diperjuangkan termasuk berhubung soal kematian dua penunggang syarikat itu di negeri ini akibat kemalangan jalan raya tahun ini.

Kata Vinod, jika sebelum ini penunggang mampu memperoleh sehingga RM1,200 seminggu, tetapi apabila sistem baharu ini diperkenalkan, pendapatan purata penunggang didakwa sekitar cuma RM300 seminggu. Katanya, sedangkan beliau yang masih bujang juga terbeban, cuba bayangkan nasib penunggang yang sudah berkeluarga.

Sementara itu, tinjauan di pekarangan Dataran MBMB itu menyaksikan sekumpulan penunggang sekadar berhimpun secara aman termasuk membawa sepanduk sebelum didekati dua penguat kuasa MBMB yang bertanyakan tujuan perhimpunan itu dibuat. Buat masa ini, tiada perkhidmatan penghantaran ditawarkan oleh syarikat berkenaan di bandar raya itu akibat mogok tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply