ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Rider’ tercampak rempuh penghadang penutupan jalan tiada tanda amaran

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal yang mengalami kecederaan di bahu apabila motosikal yang ditunggang merempuh konkrit penghadang penutupan jalan raya di Klang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi semalam dan foto-foto kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook Brotherhood Malaysia. Menurut pengasasnya Azlan Sani Zawawi (Lando Zawawi), mangsa mendakwa Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memasang lampu amaran di jalan yang ditutup itu dan kawasan gelap.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Kata Lando Zawawi, jalan tersebut ditutup dan MPK tidak memasang pasang tanda amaran. Walaupun ada lampu jalan, namun ianya tidak berfungsi. Beliau turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutamakan keselamatan terhadap penghadang yang dipasang di beberapa jalan yang ditutup.

Kata beliau, pihaknya tidak pertikaikan penutupan jalan tetapi ia perlu mematuhi syarat yang ditetapkan. Beliau difahamkan di lokasi kejadian tiada lampu amaran dan ini membahayakan nyawa pengguna.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Jelasnya, teguran itu bukan untuk mempertikaikan mana-mana pihak tetapi penting untuk keselamatan pengguna jalan raya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz menerusi kenyataan memaklumkan akan melakukan siasatan terperinci mengenai insiden yang berlaku.

Katanya, MPK diminta oleh pihak keselamatan menyediakan halangan berkenaan dan beberapa perkara teknikal yang melibatkan agensi lain. Tambahnya, MPK juga meminta pihak polis melakukan siasatan selain bekerjasama dengan JKR bagi menyelesaikan masalah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply