Nampak gayanya penyamun rim dan tayar ni ada di mana-mana, tak kiralah di negara membangun seperti Malaysia, mahupun negara maju seperti Jepun. Semalam tular hantaran yang dimuatnaik menerusi laman Facebook rasmi sebuah kafe bertemakan siri anime Initial D, RacingCafe D’z Garage mengenai kes kecurian rim dan tayar beberapa unit kereta pameran yang diletak di luar premis tersebut.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Selain daripada rim dan tayar yang lesap dari empat (4) buah model kereta itu, ada juga kereta telah dipecahkan cermin tingkap selain tiga (3) unit tempat duduk turut hilang. Rim yang disamun itu telah diperolehi dari model-model seperti Nissan Fairlady Z32, Mazda RX-7 Veilside Fortune dan Mazda RX-7 RE Amemiya. Ada di antara rim yang dicuri itu adalah dari jenama seperti Work Meister S1 dengan saiz istimewa 19-inci.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Pengendali laman Facebook kafe itu turut memaklumkan kepada orang ramai sekiranya terlihat rim tersebut dijual menerusi laman lelong supaya segera menghubungi mereka sekiranya mempunyai sebarang maklumat. Setakat ini masih belum dilaporkan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak kafe tersebut.
Semoga barang-barang yang ‘lesap’ itu ditemui kembali dengan kadar yang segera!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit RacingCafe D’z Garage
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI