ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rindu ahli keluarga – Nelayan Thailand ini sanggup berenang pulang ke negaranya

Berita Global

Views

Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan sanggup berenang untuk pulang ke tanah airnya. Menurut Bernama, lelaki berusia 45 tahun dari Piman yang terletak dalam daerah Muang di Satun, selatan Thailand telah ditemui dalam keadaan kepenatan dan hanyut di laut berhampiran pantai Puyu subdaerah di Satun semalam.

Dia kemudiannya telah diselamatkan oleh pasukan Polis Marin. Lelaki itu terkandas di sempadan Thailand-Malaysia di Perlis selama beberapa hari susulan penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan sejak 23 Mac. Disebabkan terlalu merindui ahli keluarga dan tidak pasti bila pusat pemeriksaan itu akan dibuka semula, lelaki tersebut nekad untuk berjalan ke kawasan sempadan paling hampir sebelum menyeberanginya.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Inspektor Polis Marin Satun Leftenan Kolonel Banjerd Manavej berkata lelaki berkenaan berjalan selama dua hari sebelum tiba di sebatang terusan seluas kira-kira 100 meter dan dia mengambil keputusan untuk berenang menyeberanginya namun arus deras telah menghanyutkan lelaki itu ke laut.

Kata Banjerd, nelayan di kampung itu ternampak dia berenang dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan) semalam. Tambah beliau, lelaki tersebut ditemui dalam keadaan kepenatan namun dia kelihatan amat gembira melihat ahli pasukannya.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Lelaki itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan dan berada dalam keadaan sihat tetapi perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan kuarantin negara di Satun. Banjerd berkata, lelaki itu memberitahu polis bahawa dia hanya membawa sebotol air dan sebekas bekal makanan semasa perjalanan pulangnya.

Lelaki itu telah didakwa memasuki negara tersebut secara haram dan didenda 800 baht. Sementara itu, Banjerd berkata Polis Marin meningkatkan rondaan di perairan Thailand-Malaysia bagi menghalang rakyat negara tersebut yang terkandas di Malaysia mencuri masuk susulan penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Bermula 23 Mac, kerajaan Thailand telah menutup sembilan pusat pemeriksaan ke Malaysia di kawasan sempadan sehingga notis selanjutnya dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Thailand telah mengumumkan bahawa rakyatnya yang masih terkandas di sempadan Malaysia akan dibenarkan pulang jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan bermula 18 April.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply