ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Risalah Honda ADV 150 bocor – Bakal dilancarkan malam esok!

Foto Tiris

Views

Mungkin ramai yang tahu model skuter kembara Honda ADV 150 yang paling ditunggu-tunggu ramai peminatnya bakal dilancarkan pada jam 8.00 malam esok (5 Februari 2021) secara dalam talian. Tatkala lama Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia sedang giat membuat hebahan mengenai acara tersebut, beberapa foto risalah rasminya terlebih dahulu ‘bocor’ menerusi akaun Facebook, Vanhoe Rage.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Beberapa maklumat ringkas mengenai model skuter bakal menjadi pesaing kepada Yamaha NMAX dapat kita perolehi menerusi risalah ini, antaranya:

  • Enjin silinder tunggal 149.3cc SOHC sejukan cecair dwi injap empat lejang dengan suntikan bahan api PGM-FI yang mampu menghasilkan 10.9 kW dan 13.9Nm daya kilas.
  • Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik V-Matic yang menggunakan cekam automatik jenis emparan kering.
  • Kapasiti tangki bahan api 8 liter.
  • Menggunakan kerangka jenis Double Cradle.
  • Ukuran dimensi 1,950mm panjang, 763mm lebar, 1,153mm tinggi dengan jarak antara gandar 1,324mm.
  • Sistem suspensi depan menggunakan teleskopik dan subtangki berkembar di belakang.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

  • Sistem brek depan menggunakan cakera hidraulik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala di belakang pula menggunakan cakera hidraulik sahaja.
  • Gaya skuter moden dan terkini dengan lampu depan jenis LED bersama lampu siang LED (DRL).
  • Penghadang angin depan yang boleh dilaraskan pada dua posisi ketinggian.
  • Lampu belakang berbentuk X dan lampu kecemasan jenis LED.
  • Sistem kunci pintar.
  • Soket pengecas dalam ruang simpanan hadapan.
  • Paparan meter digital menggunakan panel LCD.
  • Ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk berkapasiti 28 liter.

Dua warna menarik ditawarkan, iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Grey Metallic. Nantikan pelancarannya esok!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply