Belum sempat lagi acara dwi-tahunan Tokyo Motor Show tahun ini membuka tirai, beberapa imej yang dikatakan dari risalah rasmi Honda Jazz / Fit 2020 dalam Bahasa Jepun mula tiris di portal Creative311. Generasi baharu Honda Jazz / Fit ini bukan sekadar mempamerkan rekaan luaran dan dalaman, bahkan mendedahkan pilihan kemasan yang ditawarkan untuk versi domestik Jepun.
Seperti yang kita lihat menerusi siri foto intipan dan gambaran artis, Jazz / Fit baharu boleh dikatakan masih mengekalkan gaya reka bentuk model sebelumnya, namun diolah untuk kelihatan lebih segar mengikut arus peredaran zaman. Reka bentuk luarannya kelihatan lebih tipikal dengan gaya rekaan kereta kompak versi JDM yang lebih lembut dan nampak agak ‘feminin’.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
Model baharu ini menampilkan rekaan luaran yang lebih ringkas dengan penggunaan lampu jenis LED di bahagian depan dan juga belakang. Sekilas pandang ia mirip model Proton Iriz dari arah sisi. Rekaan kabinnya pula kelihatan lebih praktikal dengan rekaan papan pemuka yang mengadaptasikan garisan-garisan yang ringkas serta penampilan lebih banyak ciri-ciri canggih berbanding model sebelumnya.
Ia termasuklah kluster instrumen digital standard bersaiz 7-inci dan sistem infohiburan baharu dengan perkhidmatan terhubung. Jazz / Fit baharu juga menggunakan stereng dwi-bilah yang pertama kali digunakan pada model Honda e, sekaligus menjadikannya kelihatan gaya retro moden.
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
Model ini bakal menerima penjana tenaga hibrid baharu yang menggabungkan enjin petrol 1.5-liter empat-silinder bersama motor elektrik berkembar yang turut ditawarkan untuk pelanggan di Eropah. Untuk pasaran Jepun, Jazz / Fit baharu ditawarkan dalam empat pilihan kemasan, antaranya Basic, Ness, Luxe dan versi ala crossover Crosstar.
Untuk varian Ness, ia menawarkan kombinasi warna yang terang di luar dan juga di dalam selain rim aloi bersaiz 16-inci. Varian mewah, Luxe ditawarkan dengan kemasan kulit dwiwarna di bahagian dalam dan rim aloi rekaan khas bersaiz 16-inci. Varian dengan gaya seakan crossover, Crosstar pula merupakan satu-satunya varian yang mempunyai jeriji yang lebih konvensional dengan pelapik badan, rel bumbung dan lega tanah yang lebih tinggi.
Besar kemungkinan Jazz / Fit 2020 tidak akan mendarat di Malaysia kerana ia berkemungkinan besar akan digantikan dengan model City hatchback yang tanda niaganya telah didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Jika Honda ingin mengekalkan model ini di pasaran Malaysia nanti, mungkin ia akan diimport terus secara siap bina (CBU) dan bukannya dipasang secara tempatan seperti model semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
KOMEN TERKINI