ARKIB

KATEGORI

Tular

Risalah Nissan Almera Turbo bocor! Sah guna enjin 1.0 liter turbo!

Tular

Views

Sejak semalam tular beberapa foto yang menujukkan risalah Nissan Almera Turbo bocor di media sosial. Nampaknya model sedan segmen-B itu sedang cuba ‘menyailang’ seteru utamanya, Honda City 2020 yang mula menerima tempahan sejak pertengahan Ogos lalu.

Kini sah generasi baharu Almera bakal dijana oleh enjin 1.0 liter turbo yang dilengkapi dengan Electronic Wastegate dan Mirror Bore Coating Technology yang berasal dari model Nissan GT-R. Enjin ini mampu menghasilkan 152 Nm daya kilas dengan purata penggunaan bahan bakar 18.4 km/l.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Almera Turbo ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang terdiri dari VL, VLP dan VLT. Model ini menampilkan reka bentuk yang lebih garang dan moden di bahagian luar dan dalam. Ruang kabinnya dilengkapi dengan kemasan dwitona dan stereng jenis rata di bahagian bawah.

Di tengah-tengah papan pemuka pula diletakkan paparan sentuh bersaiz 8-inci yang menyokong Apple CarPlay dengan 3 slot USB (varian VLP dan VLT), tempat duduk depan separa bucket diinspirasikan dari Graviti Sifar dan paparan meter separa digital berwarna penuh bersaiz 7-inci (varian VLP dan VLT).

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Almera Turbo memiliki ruang but berkapasiti 482 liter yang diboleh dibuka secara kawalan jauh. Dari segi keselamatan, Almera Turbo dilengkapi dengan Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi Amaran Perlanggaran Hadapan Pintar dengan Brek Kecemasan Depan Pintar selain, Amaran Titik Buta, 6 beg udara SRS, Paparan Keliling Pintar dan Amaran Lintasan Belakang.

6 pilihan warna ditawarkan, terdiri daripada Radiant Red, Monarch Orange, Dark Metal Grey, Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver. Model ini diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan jaminan selama 5-tahun.

Menurut satu hantaran di laman Facebook Nissan Kepong, Almera Turbo akan dipamerkan di bilik pameran berkenaan pada 5 dan 6 September 2020, jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, namun kehadiran dihadkan kepada mereka yang telah membuat janji temu sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply