ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Risalah Yamaha 135LC V6 tertiris, bakal dilancar dalam masa terdekat?

Foto Intipan

Views

Jika dalam artikel tadi, kami ceritakan tentang model Edisi Terhad Yamaha Y15ZR Ultraman, kali ini beberapa foto risalah model baharu dari Yamaha, 135LC V6 mula tertiris di laman sosial. Foto-foto ini telah dimuat naik oleh Seng Hoe Motor Enterprise salah satu pengedar Yamaha di Skudai, Johor dan mulai tular di laman Facebook.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Model ini masih belum diperkenalkan secara rasmi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan warna, Fiery Red, Comet Grey dan Storm Blue beserta reka corak grafik yang lebih ranggi. Yamaha 135LC V6 akan menerima tiga penambaikan, antaranya rekaan penutup hon yang lebih elegan, penutup bahagian bawah enjin dan sepasang pengalir udara di bahagian sisi kiri dan kanan.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Kapchai ini masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal SOHC sejukan cecair 134 cc yang digandingkan bersama transmisi empat kelajuan jenis berputar. Kombinasi ini mampu menghasilkan 8.93 kW kuasa pada 8,500 rpm dan 11.79 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

Model ini turut ditawarkan dengan jaminan selama setahun atau 10,000 km (yang mana terdahulu). Desas-desus mengatakan ada sedikit kenaikan harga pada versi terbaharu ini nanti. Setakat ini masih belum ada maklumat rasmi mengenai harganya dan ia hanya akan diumumkan semasa majlis pelancarannya kelak. Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Seng Hoe Motor Enterprise dan Arena Motor.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply