Susulan dari info yang kami paparkan dalam artikel semalam, ejen perisik tersohor kami Mat Bond mula melakukan risikan dan berjaya mendapatkan beberapa maklumat mutakhir. Katanya, Honda kini sedang membangunkan City generasi baharu versi sedan, namakod T00A yang bakal mempunyai dua varian – petrol dan hibrid.
Apa yang agak mengejutkan kami, Honda turut membangunkan versi hatchback yang akan mempunyai dua varian – petrol dan hibrid dengan namakod yang sama. Namun begitu, kerja-kerja pembangunan model City hatchback masih lagi belum dimulakan.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
Kelibat unit ujian City generasi baharu versi sedan sudah mula dikesan di beberapa negara, antaranya Thailand dan India. Menurut Mat Bond, City generasi baharu versi sedan dijangka memasuki fasa pengeluaran massa bermula November 2020 dan ia akan dipasang secara pemasangan tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka.
Jadi, sudah pasti versi hatchbacknya akan turut dihasilkan di kilang yang sama juga. Kami menjangkakan Honda akan menggunapakai konsep seperti Toyota Vios dan Yaris untuk menghasilkan City generasi baharu versi sedan dan hatchback memandangkan ia lebih kos efektif dan mampu dibangunkan dalam jangka masa yang singkat.
Adakah City hatchback itu nanti bakal menggantikan Jazz?
Mat Bond kata, pada asalnya memang Honda merancang untuk memperkenalkan model Fit/Jazz generasi baharu yang bakal diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2019 pada bulan hadapan. Model dengan namakod M20 ini sepatutnya dipasang secara tempatan, namun ia mungkin dibawa terus secara CBU bagi memberi laluan kepada City hatchback. Buat masa ini kami tidak berapa pasti sama ada Jazz masih dikekalkan dalam pasaran atau digantikan terus dengan City hatchback nanti.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Selain City generasi baharu, Honda juga sedang membangunkan model generasi ke-11 Civic, namakod T20A yang bakal memulakan fasa pengeluaran pada tahun 2021. Ketika ini peminat Civic di Malaysia sedang menantikan versi facelift yang bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini.
Tempahan Honda Civic facelift juga telah mula dibuka dan siri jerayawaranya juga sedang menjelajah di beberapa lokasi seluruh negara. Dikhabarkan Civic generasi ke-11 itu nanti akan mengekalkan unit enjin 1.5L VTEC turbo yang sama dengan reka bentuk baharu sepenuhnya.
Tidak ketinggalan juga model Accord baharu yang telah memasuki fasa pengeluaran dan hanya menunggu masa sahaja untuk diperkenalkan. Model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di Melaka. Nampaknya Honda Malaysia kini sedang menyusun strategi untuk merampas kembali kedudukan kedua dalam carta TIV dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama Bukan Nasional nombor 1 di Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI