ARKIB

KATEGORI

Buletin

RISIK : Perancangan masa depan Proton sehingga 2020

Views

Lama dah kita tak dapat maklumat mengenai Proton semenjak mereka menyepi seketika setelah menjalinkan kerjasama strategik bersama Geely kan? Dengan segala sumber yang ada, Mat Bond yang merupakan perisik automotif terkemuka di Malaysia berjaya membuat risikan dan membongkarkan beberapa maklumat mengenai perancangan masa depan oleh pengurusan baharu Proton.

Berikut adalah antara perancangan masa depan dan model yang bakal dikeluarkan oleh Proton sehingga tahun 2020:

  • Tahun 2018 : Model SUV Boyue – 1.8 liter TGDi (CBU) dan 1.5 liter TGDi (CKD) akan menyusul kemudian.
  • Tahun 2019 : Model SUV Geely dari pelantar segmen-B (bakal bersaing dengan Honda HR-V, Toyota C-HR).
  • Tahun 2020 : Model MPV pengganti Exora dan Ertiga (mungkin menggunakan pelantar Geely MPV Concept versi produksi).
  • Model sedia ada bakal menggunakan enjin 1.5 liter TGDi (tidak dinyatakan model apa, mungkin Prevé, Persona atau Iriz).
  • Penggunaan kotak gear baharu dengan tujuh-kelajuan.
  • Model sedia ada juga akan melalui fasa facelift.

Buat masa ini, setakat itu sahaja maklumat yang kami perolehi. Mat Bond kini sedang bercuti dan bakal kembali semula dengan maklumat yang terkini lagi sensasi dari semasa ke semasa, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Perancangan jangka pendek yang memberangsangkan.. SUV 1.5L &1.8L tgdi untuk segment-c.. SUV segment-b dijangka menggunakan 1.2L &1.4L tgdi..

Leave a Reply