ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

RISIK : Perodua sah bangunkan SUV kompak (D55L) – Kembar versi produksi Daihatsu DN Trec

Spekulasi

Views

Dalam beberapa artikel terdahulu, sudah acap kali kami memberitahu Perodua sedang membangunkan sebuah model baharu yang bakal dilancarkan tahun hadapan. Namun pada ketika itu kami agak keliru sama ada model tersebut merupakan pengganti kepada Axia atau sebuah SUV kompak.

Mat Bond sekali lagi berjaya melaksanakan misinya dan mengesahkan yang model tersebut adalah sebuah SUV kompak yang merupakan kembar kepada model Daihatsu DN Trec versi produksi. Model tersebut akan turut dijenamakan semula sebagai model gantian Toyota Rush di beberapa pasaran tertentu.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Versi Daihatsu dan Toyota itu nanti bakal diperkenalkan secara rasmi di Tokyo Motor Show 2019 pada bulan hadapan. SUV kompak ini nanti akan mengekalkan dimensi yang sama dengan model konsep Daihatsu DN Trec (3.98 meter) dan membolehkannya berada dalam kelas yang sama dengan Suzuki Jimny, Tata Nexon, Mahindra XUV300 dan Hyundai Venue.

Ia dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dikuasakan oleh enjin petrol 1.0-liter tiga silinder. Kami menjangkakan versi Perodua (namakod D55L) itu nanti akan berkongsi pelantar yang sama dan akan direka bentuk semula mengikut citarasa tempatan. Kami membayangkan unsur rekaan pada model X-Concept yang telah dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) hujung tahun lalu akan disuntik pada model ini nanti.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Tidak dipastikan sama ada Perodua D55L ini akan berkongsi penjana tenaga yang sama dengan kembarnya di Jepun, namun kami meramalkan ia bakal mempunyai pilihan enjin 1.5 liter yang digunakan oleh model Myvi dan ada kebarangkalian ia bakal mempunyai pilihan penjana tenaga hibrid.

Perodua D55L bakal dikeluarkan di Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) yang turut menghasilkan model Axia dan Bezza. Ia dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, mungkin sekitar suku ketiga atau keempat. Ramalan kami, julat tanda harga model ini adalah sekitar RM60K hingga RM75K mengikut varian dan semestinya tanda harganya akan berada di antara model Myvi dan Aruz.

Selain D55L, Mat Bond turut memberitahu kami Perodua juga bakal membangunkan model pengganti Alza (namakod D27A). Apa yang pasti ia tidak akan dilancarkan pada tahun hadapan dan besar kemungkinan ia adalah versi produksi model konsep Daihatsu HY Fun Concept yang telah dipamerkan semasa Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS) 2019 bulan Julai lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN Trec Concept 2017

Perodua X-Concept

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply