Ini informasi terbaharu yang kami peroleh daripada ejen perisik Mat Bond berkenaan dengan model pertama Proton e.MAS.
Menurut Mat Bond, model tersebut pada ketika ini menggunakan namakod dalaman ‘E245‘ dan secara kebetulan ia berkongsi namakod yang sama dengan Geely Galaxy E5.
Ini secara tidak langsung mengesahkan yang model sulung Proton e.MAS itu nanti adalah kembar versi pemanduan kanan (RHD), Geely Galaxy E5.
Buat masa ini ia masih menggunakan namakod tersebut, namun difahamkan namakod ini mungkin akan berubah bagi membezakannya dengan Geely Galaxy E5 yang merupakan versi pemanduan kiri (LHD).
Berikut adalah fakta ringkas mengenai Geely Galaxy E5:
- Dibangunkan dari pelantar Seni Bina Elektrik Geely (GEA), yang diperoleh daripada Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA).
- Pelantar GEA boleh digunakan untuk rangkaian kuasa EV, EREV, PHEV dan metanol hijau.
- Ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,750 mm.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
- Menggunakan sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1 yang merangkumi 11 peranti utama seperti motor, kawalan elektronik dan pengurang. Berat sistem ini ialah 79.8 kg dan isipadu hanya 72 liter.
- Kecekapan komprehensif adalah sehingga 90.04 peratus dan penggunaan kuasa serendah 11.9 kWj setiap 100 km.
- Dipacu motor elektrik berkuasa 160 kW dengan masa pecutan 0-100 km/j, dalam tempoh 6.9 saat dan mampu mencatat kelajuan maksima mencecah 180 km/j.
- Menggunakan bateri bilah-pendek (short-blade battery) jenis litium besi fosfat, ‘Aegis‘ yang dibangunkan sendiri oleh Geely dengan kapasiti 49.52kWj dan 60.22kWj (jarak pandu antara 440 km dan 530 km mengikut kitaran CLTC).
- Dilengkapi dengan cip Infineon TC397 bagi membolehkan kecekapan komunikasi yang tinggi dan tindak balas kuasa yang cepat.
- Kerangkanya lebih kukuh dengan menyepadukan bateri ke dalam badan, atau ‘sel-ke-badan’ (CTB).
- Ia turut dilengkapi dengan sistem anti-gelincir pemaduan semua cuaca (G-TCS) yang membolehkannnya lulus dalam ‘ujian Moose’ pada kelajuan 78 km/j.
- Model ini dilengkapi dengan sistem pemulihan tenaga pintar 4-kelajuan yang melaraskan daya brek dalam masa nyata berdasarkan jarak kenderaan, kesesakan jalan raya dan maklumat tanjakan.
- Pelanggan boleh memilih dua saiz rim berbeza, iaitu 18 dan 19-inci.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
- Rekaan kabin Galaxy E5 menampilkan dua skrin LCD yang menjadi paparan instrumen dan paparan untuk pemandu. Ia turut dilengkapi skrin unit inforia jenis terapung bersaiz besar di tengah-tengah papan pemuka.
- Galaxy E5 menggunakan sistem operasi Flyme Auto yang dibangunkan bersama Meizu. Sistem Galaxy E5 dikuasakan oleh cip automotif 7 nm, Dragon Eagle-1 yang pertama dihasilkan secara domestik di China.
Pemasangan unit siap bina (CBU) model Proton e.MAS itu akan bermula di China pada awal tahun hadapan, manakala pemasangan tempatan (CKD) dijangka bermula pada akhir tahun (2025).
Dalam artikel terdahulu, Mat Bond memaklumkan delegasi wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa oleh pihak pengurusan Proton ke China beberapa bulan lalu untuk memandu uji model Galaxy E5.
Bukan itu sahaja, permohonan tanda dagang nama ‘e.MAS7‘ telah difailkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tanda dagang atas nama e.MAS7 telah didaftarkan menerusi tujuh kategori berbeza pada 13 Jun 2024 dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan juga pewartaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theottle
Foto kredit Autohome
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI