ARKIB

KATEGORI

Buletin

Robosen Robotics hasilkan Optimus Prime yang boleh ‘transform’ sendiri

Berita Global

Views
TRANSFORMERS Auto-Converting Optimus Prime Built by Robosen

Sebut sahaja Transformers, pasti anda akan teringat robot-robot yang boleh bertukar menjadi kenderaan atau jentera kan? Ada dua puak yang sentiasa bertelagah dalam siri ini, iaitu Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime yang menentang Decepticons yang dikepalai oleh Megatron.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Bagi peminat setia Transformers, karektor Optimus Prime amat sinonim dan pelbagai versi mainan telah pun dihasilkan. Terbaharu, syarikat dari China, Robosen Robotics telah mengeluarkan versi Optimus Prime (G1) edisi terhad paling canggih yang berukuran 19-inci tinggi dan bahagian badannya diperbuat daripada logam aloi.

Apa yang menarik, Optimus Prime boleh bertukar dari bentuk robot kepada bentuk trak Freightliner keluaran 1987 secara automatik menerusi aplikasi yang boleh dikawal menerusi peranti pintar. Optimus Prime ini mempunyai lebih 5,000 komponen, termasuklah 60 mikrocip dan 27 motor servo untuk menggerakkan badannya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Selain itu, pergerakannya boleh dikawal dengan arahan suara menerusi aplikasi mudah alih dan turut mempunyai lebih daripada 80 kesan bunyi, termasuklah klip suara dari Peter Cullen serta bunyi ‘transform‘ klasik yang paling sohor dalam siri animasi.

Harga Optimus Prime ini juga ‘agak keras’, iaitu USD699.99 (RM2,900) dan tempahannya telah mula dibuka di laman Hasbro Pulse. Ia turut didatangkan dengan beg khas yang boleh menyimpan robot tersebut, termasuklah aksesori senjata dan kapak serta kabel pengecas. Agak malang, Optimus Prime ini telah pun habis dijual.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply