ARKIB

KATEGORI

Buletin

Robot Penghantaran Hospital bantu petugas perubatan tangani COVID-19

Berita Tempatan

Views

Jangan ingat negara kita tiada kepakaran dalam bidang automasi dan robotik yer! Menerusi satu hantaran ringkas di Facebook, syarikat yang berpangkalan di Malaysia, DF Automation and Robotics Sdn Bhd mengumumkan mereka telah menyiapkan sebuah Robot Penghantaran Hospital (Hospital Delivery Robot), kurang dua minggu dari tarikh mereka mengadakan perbincangan dengan pihak hospital.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Syarikat itu telah bekerja siang dan malam untuk menyiapkan robot tersebut dan berharap ia akan dapat membantu para petugas di barisan hadapan untuk menangani pandemik COVID-19. Salah satu kegunaan robot ini adalah untuk menghantar makanan kepada pesakit supaya dapat mengurangkan intraksi antara petugas perubatan dan pesakit.

DF akan menghantar robot tersebut dan akan memaklumkan perkmbangan semasa mengenainya nanti. Menurut hantaran itu lagi, sekiranya robot ini benar-benar bermanfaat untuk kegunaan hospital, pihaknya akan memperluaskan penyelesaian ini ke hospital atau organisasi lain.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Fakta ringkas menarik mengenai DF:

  • Ia merupakan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, pengeluaran, pemasaran dan penyelenggaraan Robot Bergerak Autonomi (Autonomous Mobile Robot – AMR) dan Kenderaan Berpandu Automatik (Automated Guided Vehicles – AGV) untuk pelbagai jenis industri dan kegunaan komersial.
  • AMR/AGV ini merupakan “robot bergerak” yang menggunakan ‘sensor untuk pandu arah’ dan boleh diprogramkan untuk menghantar barang dari satu lokasi ke lokasi lain secara automatik.
  • Robot ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada kos buruh yang tinggi, meningkatkan kecekapan beban kerja tanpa kos yang lebih tinggi serta meningkatkan keselamatan di tempat kerja dengan mengurangkan kemalangan.
  • Ia boleh digunakan untuk menghantar pelbagai jenis bahan dan sesuai untuk kegunaan industri seperti pembuatan, farmaseutikal, kimia, automotif, gudang, makanan dan minuman serta hospital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply