ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rolls-Royce Cullinan 2019 pasaran Amerika Syarikat ditarik balik – Lampu belakang malap

Berita Tempatan

Views

Jarang sekali kita dengar kereta bertaraf ‘bangsawan’ seperti Rolls-Royce dipanggil balik kan? Tetapi inilah yang berlaku kerana baru-baru ini BMW Amerika Utara dan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) telah membuat pengumuman memanggil balik model Rolls-Royce Cullinan 2019 yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Apa puncanya?

Laporan yang diterbitkan oleh NHTSA menunjukkan kira-kira 454 unit model Cullinan yang dikeluarkan antara 1 Disember 2018 dan 18 Julai 2019 berkemungkinan tidak menerima pengesahan sepenuhnya mengikut Seksyen 7.3.13.1 dan Jadual IX FMVSS 108 (lampu, peranti pematul cahaya dan peralatan yang berkaitan). Dalam bahasa mudah, ia bermaksud lampu belakangnya mungkin dikeluarkan tanpa mematuhi spesfikasi disebabkan oleh variasi dalam proses pengeluaran pembekal dan menyebabkannya tidak cukup terang.

NHTSA berkata lampu belakang yang malap itu boleh menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya yang memandu di belakang kenderaan tersebut selain meningkatkan risiko kemalangan. Rolls-Royce mengenal pasti masalah itu pada akhir bulan Julai selepas melakukan ujian. Mereka kemudian mengkaji proses pembuatan pembekal dan mendapati beberapa ratus model Cullinan mungkin terjejas.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Pembuat kereta British itu buat masa ini masih belum menerima apa-apa laporan kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu tersebut. Notis penarikan balik akan dihantar kepada pemilik menerusi menerusi surat dan mereka diarahkan untuk membawa kenderaan mereka ke pengedar yang sah. Segala pembaikan yang perlu dilakukan ke atas kenderaan yang terjejas akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Rolls-Royce kerana ia masih tertakluk kepada jaminan kenderaan.

Buat masa ini masih belum jelas berapa banyak kenderaan yang terjejas oleh penarikan balik ini. Laporan keselamatan dari NHTSA menyatakan sebanyak 422 unit berpotensi terlibat, manakala ada juga yang mengatakan kira-kira 454 model Cullinan mungkin tidak sepenuhnya mematuhi peraturan tersebut. Laporan berasingan dari NHTSA pula mengatakan sebanyak 403 unit berpotensi terjejas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply