ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rolls-Royce Wraith ‘terapung’ Justin Bieber diinspirasikan dari model konsep 103EX Concept

Berita Tempatan

Views
Justin Bieber's One Of One Rolls Royce | West Coast Customs

Baru-baru ini tular beberapa foto Rolls-Royce Wraith milik penyanyi Justin Bieber yang telah diubahsuai dengan gaya rekaan ‘terapung’ dihasilkan oleh pakar kustom tersohor, West Coast Customs. Setakat ini, Wraith ‘terapung’ milik Bieber ini adalah salah satu projek paling besar yang pernah mereka hasilkan.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Menurut bos West Coast Customs, reka bentuk kereta ini diinspirasikan dari model konsep elektrik Rolls-Royce 103EX yang dihasilkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 BMW pada 2016. Sebenarnya, Bieber sangat berminat untuk membeli model konsep tersebut, namun pengeluar kereta dari British itu enggan menjualnya.

Jadi, West Coast Customs telah ditugaskan untuk membina sebuah kereta yang diinspirasikan dari model konsep tersebut untuk penyayi tersohor itu. Bagi menghasilkan rekaan ini, West Coast Customs telah ‘memendekkan’ model asal Wraith sebanyak 8 inci dan melebarkan badannya sehingga 12 inci.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Setelah rekaannya siap, mereka telah mengimbas Rolls-Royce tersebut menggunakan pengimbas 3D dan dari situ mereka menghasilkan panel badan buatan khas. Kemudian ia diperhalusi sehingga betul-betul sempurna sebelum proses mengecat dengan menggunakan kombinasi warna perak berkilat dan kelabu kusam.

Apa yang menarik pada rekaan ini adalah keempat-empatnya tayarnya disorok supaya ia kelihatan seolah-olah terapung. Selain itu, banyak masa telah digunakan oleh West Coast Customs untuk mengubahsuai rekaan dalaman dan memasang sistem stereo dari JL Audio yang ‘jauh lebih padu’ berbanding unit audio standard.

Untuk melihat kerja-kerja di belakang tabir pembikinan kereta ini, anda boleh tonton video di atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply