ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ronaldo bikin penyokong Juventus berang – ‘Ponteng latihan’ untuk melawat kilang Ferrari, siap beli kereta baharu harga RM8.2 juta!

Berita Global

Views

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo mencetus kemarahan peminat ‘The Old Lady‘ apabila didakwa ponteng latihan semata-mata untuk melawat kilang Ferrari di Maranello. Menurut Berita Harian, pemain berusia 36 tahun itu mengambil keputusan berehat, sehari selepas Juventus tewas 0-3 kepada AC Milan sekali gus menyukarkan peluang mereka memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini berada di kedudukan kelima dengan hanya berbaki tiga perlawanan liga. Bintang Portugal itu tidak menyertai sesi latihan pemulihan menjelang kunjungan ke Sassuolo awal pagi semalam, sebaliknya muncul di Maranello iaitu ibu pejabat pasukan Formula Satu (F1) Ferrari.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dia ditemani pengerusi kelab, Andrea Agnelli dan John Elkaan, 45, yang juga CEO bagi Exor dan Ferrari. Exor adalah syarikat yang diuruskan oleh keluarga Agnelli dalam mengendalikan Juventus dan Ferrari. Ketika di Ferrari, Ronaldo bergambar bersama pemandu F1, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, yang diberikan jersi Juve yang tertera namanya dan ditandatanganinya.

Malah menurut laporan Corriere della Serra, Ronaldo menambah koleksi kenderaannya dengan membeli Ferrari Monza bernilai £1.4 juta (RM8.20 juta). Supercar milik Ronaldo itu adalah yang terbaharu dalam koleksinya termasuk Bugatti Centodieci bernilai £8.5 juta (RM49.56 juta) serta Bugatti Chiron dan Veyron.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply