ARKIB

KATEGORI

Buletin

Roslan Abdullah dilantik Timbalan CEO Proton, ganti Datuk Radzaif yang bersara

Berita Tempatan

Views

Proton menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn Bhd (PESB), sejak 1 Jun 2020.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Pemegang ijazah sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom itu mempunyai pengalaman selama tiga dekad di dalam bidang automotif termasuk perlantikan didalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Isuzu Hicom Malaysia dan Honda Malaysia dimana beliau mempunyai dua tanggungjawab iaitu selaku Presiden dan juga Ketua Pegawai Operasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Roslan Abdullah telah memainkan peranan penting didalam mengukuhkan pengurusan didalam Proton dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya dengan pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan.

Tambahnya, Proton juga ingin menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Datuk Radzaif Mohamed, yang telah bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2021.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Dilantik ke jawatan pada 1 April 2016, beliau telah memainkan peranan penting dalam memantau proses sehingga termeterainya perkongsian diantara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding (Geely) dan membantu dalam memacu syarikat ke kedudukan terkini dalam industri automotif.

Proton ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Radzaif untuk segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sehingga syarikat mencapai kejayaan.

Tambah Dr Li Chunrong, kepentingan untuk mendapatkan sesuatu perkara itu secara tepat semasa bermulanya perkongsian dengan Geely amat kritikal dan mustahak didalam memastikan proses pembaharuan syarikat sehingga kini dan kepimpinannya dalam tempoh berkenaan tidak ternilai harganya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply