ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rugi RM39,000 beli Mercedes-Benz A45 ‘lelong’ dalam talian

Berita Tempatan

Views

Hasrat membeli kereta mewah model Mercedes-Benz A45 tidak kesampaian, bahkan seorang jurulatih jualan sebuah syarikat penapis air kerugian RM39,000 akibat ditipu ketika membuat pembelian kenderaan tersebut secara dalam talian.

Utusan Online melaporkan, Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 43 tahun itu terpedaya selepas melihat iklan penjualan kereta lelong melalui aplikasi Telegram ketika berada di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, Isnin lalu.

Mangsa menghubungi nombor tertera di iklan itu dan berhubung dengan penjual dikenali ‘En Fauzi’ yang mendakwa dirinya anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di Putrajaya dan menyatakan hasratnya membeli kereta Mercedes-Benz yang dijual suspek.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Keesokan harinya, suspek menghantar kereta jenis Toyota Wish bagi kegunaan sementara mangsa, sebelum kereta Mercedes-Benz dibeli dihantar ke rumahnya.

Suspek kemudiannya meminta supaya menyegerakan pembayaran dan mangsa seterusnya membuat pemindahan wang sebanyak RM39,000 melalui tiga transkrip secara dalam talian ke dalam nombor akaun yang diberikan.

Mohd. Wazir berkata, selepas pembayaran dibuat, mangsa memaklumkan kereta yang dibeli akan diserahkan dalam masa dua hari lagi dan tambah mengejutkan apabila mendapati kenderaan Toyota Wish yang diparkir dihadapan rumahnya, telah hilang.

Mangsa beberapa kali cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan mengesyaki kenderaan itu telah diambil oleh suspek.

Merasakan dirinya ditipu, mangsa segera membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam selepas kenderaan yang dibeli itu gagal diserah seperti yang dijanjikan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurutnya, dalam kes tersebut, modus operandi digunakan suspek adalah dengan memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta secara dalam talian.

Suspek juga dilihat telah memberikan sebuah kenderaan lain untuk digunakan bagi tujuan meyakinkan mangsa yang telah terpedaya itu.

Tindakan itu, sebenarnya mendorong mangsa untuk terus membuat pembayaran, setelah pembayaran dibuat kenderaan tersebut akan diambil semula dan kereta yang dibeli pula tidak diterima.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit myTukar

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply