ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rumah Terbuka CNY secara maya Volkswagen berlangsung hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Pada 20 dan 21 Februari bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan Rumah Terbuka secara maya yang bakal menawarkan pelbagai tawaran jualan serta selepas jualan bagi meraikan Tahun Lembu kali ini.

Sila ikuti saluran media sosial pengedar Volkswagen untuk mengetahui perincian tentang pelbagai model serta tawaran selepas jualan yang istimewa. Orang ramai juga boleh mengajukan soalan dan berinteraksi dengan Perunding Jualan dan Penasihat Servis menerusi Facebook Live dari rumah masing-masing.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Rebat ang pao sebanyak RM1,000 untuk beberapa model terpilih menanti bakal pembeli termasuk insurans percuma selama setahun atau penjimatan RM5,000. Selain itu, tawaran eksklusif dalam talian akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.

Antara model yang akan diketengahkan ialah Passat Elegance, Passat R-Line dan Tiguan Allspace Highline. Passat Elegance dan varian lebih sporty, Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear cekam basah direct shift (DSG) yang mampu mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm.

Dengan pengecualian cukai jualan, Passat Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala Passat R-Line berharga RM203,411 di samping penjimatan sehingga RM10,000. Selain itu, Tiguan Allspace Highline ditawarkan pada harga RM164,430 dan penjimatan sehingga RM8,000 ke atas model tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Para pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY. Ia menawarkan promosi hebat ke atas penggantian alat ganti, minyak enjin tulen dan barangan yang disenaraikan di bawah:

BaranganTawaranTambahan
Cakera brek (setiap cakera) Potongan RM30 Baucar GrabFood RM20 
Pad brek (setiap set)Potongan RM30 Baucar GrabFood RM20 
Penapis pendingin hawa (setiap unit)Potongan RM20 Baucar GrabFood RM10 
Aditif bahan api (setiap botol)Potongan RM20 Baucar GrabFood RM10 
Minyak enjin tulenPotongan 20 peratus  – 

Senarai tawaran tambahan untuk pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang secara percuma, serta diskaun sehingga 20 peratus ke atas bateri dan tayar. Janji temu servis pula boleh dibuat secara dalam talian di pautan ini. Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook pengedar Volkswagen kegemaran anda atau layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply