ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rumah yang banyak selipar dan kasut pada Hari Raya juga akan diperiksa – Polis Kedah

Berita Tempatan

Views

Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti. Menurut Utusan Online, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.

Katanya Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, memantau dan memeriksa rumah yang ada banyak kereta. Bukan itu sahaja, sekiranya didapati ada banyak selipar dan kasut, rumah tersebut juga akan diperiksa.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini. Majlis penyerahan kenderaan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar sebelum ini menegaskan polis akan mengekalkan strategi sama seperti yang dibuat semasa Aidilfitri lalu iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Mengulas lanjut, kata Hasanuddin, pihaknya turut mengarahkan semua anggota di sekatan jalan raya (SJR) melakukan pemeriksaan lebih ketat terutama dalam mengesan mereka yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri, selain menggunakan permit palsu.

Dalam masa yang sama beliau turut menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi. Sementara itu, Mazlan pula memberitahu, sebanyak 18,279 kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melebihi had usia dan uzur di seluruh negara akan diganti dengan kenderaan baharu secara berperingkat.

Menurutnya, jumlah kenderaan PDRM yang diganti itu adalah daripada keseluruhan 27,307 kenderaan. Buat masa sekarang, pihaknya akan menggantikan sebanyak 400 unit Land Rover yang sedia ada kerana melebihi had usia. Perolehan telah pun dibuat dan agihan dijangka selesai Jun ini. Selain itu, PDRM juga akan mengagihkan 240 unit van untuk penugasan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kedah

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply