ARKIB

KATEGORI

Tular

Rupa-rupanya ini punca seorang lelaki larikan MPV polis pagi tadi…

Tular

Views

Tertekan kerana baharu sahaja bercerai dengan isteri dipercayai antara punca seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan melarikan sebuah kereta peronda polis (MPV) milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian jam 7.28 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit dikatakan cuba membawa diri merentasi negeri ke Kuala Lumpur, namun tidak mempunyai surat kebenaran polis. Bagi membolehkannya melepasi sekatan jalan raya, difahamkan dia bertindak nekad menggunakan kenderaan polis bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Bagaimanapun tindakan lelaki itu membawa keluar MPV berkenaan dari pekarangan balai disedari pengawal di pondok polis sebelum berjaya ditahan di pintu masuk tol Taiping Utara di Taiping. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki terbabit dikesan memasuki kawasan IPD Taiping dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta.

Lelaki itu kemudian telah membawa lari MPV polis dan meninggalkan keretanya di kawasan parkir IPD Taiping. Dia bagaimanapun berjaya ditahan di Tol Taiping Utara tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply