ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rupanya terkena pencangkuk kren

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, kereta Proton Saga yang remuk di bahagian bumbung dalam kejadian di Taman Len Seng, Cheras di Kuala Lumpur, malam tadi, dipercayai berpunca daripada pencangkuk kren yang melanggarnya.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.30 malam. Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 55 tahun dari arah Cheras dengan sebuah kenderaan dipercayai kren.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Tambah beliau, siasatan mendapati, ketika pemandu kereta belok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Seng dari Cheras, keretanya dilanggar dari belakang oleh kren terbabit. Bahagian depan pencangkuk kren itu kemudiannya melanggar bumbung kereta hingga menyebabkan pemandu tersepit di dalam kereta.

Pemandunya terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba tetapi tidak cedera. Zulkefly berkata, polis yang menjalankan siasatan di lokasi tidak menemui sebarang serpihan objek di dalam kereta mangsa. Katanya, pemandu kren itu tidak berhenti di lokasi dan hingga kini tidak membuat laporan mengenainya. Kes disiasat mengikut Peraturan 3(2)B Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply