Perniagaan mikromobiliti elektrik Yinson GreenTech (YGT), rydeEV baru-baru ini telah melancarkan rydeEV CERVO di Malaysia Autoshow 2024.
CERVO, e-bike cas pantas pertama dalam rangkaian produk rydeEV, dikeluarkan di Indonesia dengan reka bentuk Eropah. CERVO mampu mencecah kelajuan tertinggi 100 km/j dan jarak perjalanan sejauh 110 km.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Model ini melengkapi portfolio pelbagai rydeEV yang merangkumi model tukar-bateri sedia ada, iaitu RYDER dan HYPER yang dilancarkan pada September tahun lalu.
CERVO dilengkapi dengan ciri-ciri seperti ‘Boost Mode‘ untuk meningkatkan kelajuan sehingga 114 km/j, pengecasan pantas serta pilihan pengecasan di rumah, lampu jenis LED, skrin TFT LCD, mod undur, pemegang beg bersepadu dan tayar bersaiz 14-inci.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurut Pengarah Urusan rydeEV, Syed Faiz, pernambahan CERVO ke dalam rangkaian rydeEV menunjukkan komitmen mereka untuk merevolusikan mobiliti bandar dengan membawa teknologi terkini dan model dua roda elektrik yang paling menarik ke Malaysia.
Untuk menyokong pertumbuhan e-bike elektrik di Malaysia, chargEV YGT akan membina stesen cas khusus secara berperingkat dan kemudahan untuk e-bike seperti CERVO.
CERVO akan tersedia mulai suku ketiga tahun 2024 melalui program pembiayaan pembelian penuh atau sewa-milik. Di samping itu, pelanggan akan dapat menikmati rebat RM2,400 yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Skim Penggunaan Motosikal Elektrik.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI