Setelah beberapa kali foto Saga 2016 tertiris di laman sosial dan juga laman web automotif, barulah kita dapat melihat wajah hadapannya dengan lebih jelas. Walaupun foto asal beresolusi rendah, kami telah cuba menaikkannya supaya kelihatan tidak terlalu kabur. Foto ini telah dikongsikan oleh Faris Farhad sebentar tadi. Pesaing Perodua Bezza ini turut membawa identiti bumpar misai Wak Doyok yang sebelum ini tampil buat kali pertama pada Persona baharu.
Saga 2016 dikhabarkan bakal membuat kemunculan rasminya pada 28hb September, namun hingga kini belum ada lagi sebarang pengesahan dibuat oleh pihak Proton. Jika benar tarikh tersebut hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum “kereta rakyat” ini berada di bilik pameran Proton untuk dipandu uji.
lawa blkg diehh…
TAHNIAH PROTON KEBANGGAAN KU.
at least Proton sudah identiti dan dna sendiri….semakin mantap serba serbi
tahniah
lagi cantik dr bezza
SA Proton ada bagitau SAGA baru launch 25hb ni…
seminggu lebih je lg tu
Harap harga kompetitif