ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga baharu catat tempahan 4,000 unit

Views

Proton berada di landasan yang tepat untuk kembali bangkit menjadi peneraju automotif tempatan dengan tempahan model generasi baharu Saga kini mencecah angka 4,000 unit sejak dilancarkan pada 28 September lalu. Berita Harian melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Rohime Shafie, berkata sambutan hangat untuk Saga baharu itu menjadikannya antara model Proton yang mencatatkan prestasi jualan terbaik dalam tempoh yang singkat selepas dilancarkan.

“Setakat ini, sebanyak 500 unit kereta Saga baharu sudah diserahkan (kepada pembeli) dan varian Executive mendapat permintaan paling tinggi,” katanya pada sidang media usaha sama Proton dan Institut Automotif Malaysia (MAI). Usaha sama MAI-Proton adalah dalam pembangunan rantaian bekalan dan perkhidmatan selepas jualan, menerusi pelaksanaan Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP) dan Program Penambahbaikan Keusahawanan Pengedar (DEEP).

ASEP yang diperkenalkan oleh MAI pada 2014 sebagai sebahagian daripada Dasar Automotif Negara (DAN) 4.0, bermatlamat meningkatkan keupayaan dan daya saing pembekal automotif tempatan menerusi bantuan teknikal serta rundingan. Program itu terbukti berkesan dalam menyumbang ke arah peningkatan kecekapan operasi, pembangunan produk serta pengurusan perniagaan pembuatan automotif.

Tahniah dan syabas Proton!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • cara bagaimana Saga 2016 dibangunkan sangat menarik.. guna platform asal (yg dipertingkat).. Saga 2016 umpama proses menyalin kulit.. kos yg sangat minimum dlm rnd, iaitu RM 150 juta

    dan hasilnya, 4000 unit tempahan dalam tempoh 2 minggu!!!


  • saga has been proven by saga. good at functionality as an everyday car, and its quite a bit of cult car with clubs and enthusiasts too. for me saga is a true peoples car comes with affection and care.


  • Kebanyakan pengguna dan penggemar Saga/Persona 2016 menunggu Saga 2016 dilancarkan bagi membuat pilihan antara Saga atau Persona.. Kebanyakan mereka memilih Persona berbanding saga kerana Persona ada kelebihan yang ketara dengan harga yang tidak jauh berbeza berbanding Saga 2016..

    PHB bijak membezakan eksesori antara Saga2016 dan Persona2016.. Segala ciri-ciri serta tahap keselamatan dan eksesori yang diberikan tidak bertindih atau membunuh antara satu sama lain.. Jika apa yang diberikan kepada Persona diberikan juga kepada Saga maka pasaran Persona akan terjejas dengan teruk sekali..

    Tahniah..!!! PHB semakin matang dalam strategi pemasaran mereka.. Mereka perlu usaha lebih keras untuk mencapai target jualan Perdana 2016 sebanyak 7k unit setahun.. Persona 14k tempahan selepas 5 minggu dilancarkan.. Terbaik..! Dijangka tempahan Saga 2016 akan mengikut jejak langkah Persona melebihi 14k tempahan selepas 5 minggu dilancarkan nanti..


    • Cara terbaik untuk Perdana adalah dengan revise balik bumper belakang dan bagi option untuk pemilik Perdana baru untuk menukar bumper belakang.


  • Tgk depan2 mmg saga hodoh smacam jer..tu la ramai still order persona..tiada pilihan..saga br xkan dpt beat bezza unfortunately walaupun dua2 x lawa


    • jenama lain dalam segmen Saga, mereka lebih menjurus kpd design di mana A-pillar ditolak ke depan

      designer proton tak dapat nak rombak sangat design depan sbb structure asas pun ambil dari saga blm

      Saga blm /fl / flx di zaman kemuncak, jualan boleh cecah 8-7k sebulan.. kalau saga 2016 tak dapat sales yg mcm dulu, sy rasa punca utamanya bukan sbb design, tp sbb persaingan dari Bezza..

Leave a Reply