ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga catat 6,000 tempahan, 1,000 unit telah pun diserahkan

Views

Ketika ini Editor kami, Shamsul Yunos masih lagi berada di Ipoh mengikuti rombongan Media Drive Proton Saga yang telah memulakan perjalannannya semalam. Semasa sesi soal jawab bersama ketua ketua jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie telah memaklumkan kepada pihak media, tempahan bagi model Saga generasi baharu kini mencecah 6,000 dengan 1,000 unit telah pun didaftarkan sehingga semalam. Boleh dikatakan ini merupakan pencapaian yang cukup cemerlang kerana model ini hanya berusia tiga minggu.

Selain itu, beliau juga turut memaklumkan, model generasi baharu Persona yang dilancarkan Ogos lalu telah mencatatkan 15,000 tempahan, dengan 4,500 telah pun berada di jalan raya. Proton menyasarkan jualan 3,000 hingga 4,000 unit sebulan untuk model Persona dan 5,000 unit sebulan bagi model. Nampak gayanya ia dah melepasi sasaran dan diluar jangkaan.

Rohime juga memberitahu, untuk pembelian model Saga perlu menunggu lebih lama kerana pelbagai dokumen perlu diserahkan kepada pihak bank untuk proses permohonan pinjaman. Tetapi bagi pembelian model Persona pula, tempoh permohonan adalah lebih singkat kerana latar belakang pelanggan yang berbeza. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Proton!

* Kami dengar sekarang ini dua dua kilang di Tanjung Malim Malim dan Shah Alam semakin sibuk untuk menyiapkan tempahan. Siap kena kerja lebih masa lagi. Kerja elok elok ye, pasang kereta pelanggan baik baik dan jaga kualiti kereta selain pertingkatkan mutu khidmat lepas jualan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh funtasticko.net, sensasi otomotif terkini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Hmmm..dalam 3 bulan ramailah start complain defect sana defect sini…p1 nie mana pedulik sgt QC…pasang jer..harap PDI jer nak detect semua…pastu 6 bijik hantar PDI, 4 bijik patut kene hantar blk pasal byk defect..pening2 byk sgt kete dlm yard pastu bagi lepas jer tanak congestion dlm plant…kepada pembaca blog ni yg keje production, tolonglah bantu jaga QC walaupun bakal dipancung mgmt atau vendor berkuasa..bersuaralah skalaupun ignored mcm kes Teksi1M


  • Ada yang nak saga 1.6.. Kalau nak 1.6 beli Persona la..
    Ada yang nak Persona 1.3, kalau nak 1.3 beli saga la..
    Ada yang nak Perdana 1.6 CFE, nak CFE turbo beli Preve la..
    Ada yang nak Preve 1.3, 2.0, 2.4.. adoi la..


  • Lebih 40% memilih varian Premium untuk Persona. Manakala tempahan saga lebih 40% adalah varian standard dan kebanyakannya transmisi manual..


  • Target jualan untuk Saga adalah 5k unit sebulan manakala target jualan untuk Persona adalah 3k unit sebulan..
    Kesimpulannya setiap bulan model Saga mestilah didaftarkan dan diserahkan kepada pembeli 5k unit atau lebih barulah mencapat target jualan.. Begitu juga dengan Persona sebanyak 3k unit..
    Target jualan bukanlah tempahan.. Target jualan adalah sama dengan jumlah kenderaan yang telah didaftarkan dan diserahkan kepada pembeli setiap bulan.. Dengan kata ringkasnya telah terjual..

Leave a Reply