ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! Mitsubishi Xpander akan dilancarkan dalam tahun ini

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang bakal menggembirakan para peminat jenama Mitsubishi di Malaysia! Akhirnya, segala teka-teki mengenai bilakah model Mitsubishi Xpander akan tiba di Malaysia telah pun terjawab. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengesahkan bahawa crossover tujuh tempat duduk itu bakal diperkenalkan pada tahun ini.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, Xpander bukan sekadar model penting buat MMM, malah untuk seluruh rantau ASEAN secara amnya. Tambah beliau, kejayaan Xpander di negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam membuktikan keserasian dan kesesuaiannya di rantau ini, termasuklah di Malaysia nanti.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Tambah beliau, MMM sangat teruja untuk memperkenalkan crossover tujuh tempat duduk itu di Malaysia sebelum akhir tahun ini. Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi bilakah model ini bakal dilancarkan, dan apa yang menarik, menerusi foto intip terbaharu, kita bakal menerima versi facelift untuk pasaran Malaysia kelak.

Xpander mula membuat penampilan global sulungnya di Indonesia pada 2017 dan hingga setakat ini ia telah mencatatkan jualan terkumpul sekitar 256,000 unit. Model yang bakal berentap dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz di pasaran negara ini nanti dikuasakan oleh enjin 4A91 1.5 liter empat-silinder yang dipadankan dengan  pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau  4-kelajuan automatik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply