ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! Proton X50 dilancarkan secara ‘maya’ 27 Oktober ini!

Berita Tempatan

Views

Teka-teki bilakah Proton X50 akan dilancarkan secara rasmi terjawab sudah! Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi Proton Cars, pengeluar kereta nasional itu mengumumkan yang model SUV kompak itu akan dilancarkan secara ‘maya’ pada 27 Oktober 2020 (Selasa minggu hadapan) bermula jam 10.50 pagi.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Proton telah membuat keputusan untuk melancarkan model ini secara penstriman langsung secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi mereka. Pada hari tersebut juga kita akan mengetahui harga sebenar model ini yang sememangnya paling ditunggu-tunggu oleh semua pihak termasuk kami.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

X50 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian yang terdiri dari varian StandardExecutivePremium dan FlagshipEnam warna boleh dipilih antaranya Snow WhiteJet GreyArmour SilverOcean BluePassion Red dan Citrus Orange serta kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship).

X50 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter TDI yang mampu menghasilkan iaitu 150 PS dengan 226Nm daya kilas untuk varian Standard, Executive dan Premium manakala varian Flagship pula mendapat enjin 1.5 liter T-GDi yang lebih berkuasa dengan 177 PS dengan 255Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod penukaran gear secara manual.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply