ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saham Proton bakal dijual kepada syarikat asing?

Views

Laman sesawang freemalaysiatoday.com hari ini memuatnaik artikel mengenai Proton Holdings yang kini dalam perbincangan untuk menjual sahamnya kepada syarikat luar negara, melalui sumber yang dipetik dari Nikkei Asian Review. Ia merupakan kemasukan modal yang pertama melibatkan syarikat luar negara ke dalam Proton sejak melepaskan saham yang dipegang Misubishi Corp pada 2005.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Madani Sahari berkata, “Kami mahu rakan kongsi yang mempunyai saham di dalam Proton”. Beliau turut menambah Proton dikatakan menarik minat beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM) selain kerajaan mahu Proton mencontohi model perniagaan yang diamalkan Perodua yang kini menguasai satu pertiga pasaran tempatan.

Proton ketika ini sedang mengenal pasti rakan kongsi luar negara dalam masa setahun bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan bulan lalu.

Proton yang mencatatkan kerugian juga perlu membentangkan rancangan pemulihannya termasuk penutupan kilangnya di Shah Alam dan pemindahan ke Tanjung Malim. Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac lalu, DRB-HICOM telah mencatatkan kerugian RM992 juta yang ada hubung kait dengan prestasi semasa Proton.

Proton telah melancarkan model pertama mereka tahun ini, sedan eksekutif Perdana dengan kerjasama dengan Honda yang menggunakan platform Accord generasi kelapan.  Selain itu Proton turut mengadakan  kerjasama strategik dengan Suzuki Motor dan dijangka memperkenalkan hasil pertama usahasama tersebut, MPV segmen B, Ertiga pada bulan Oktober nanti.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini. Nantikan.

madani proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • eloklah pindah tanjung malim cepat2…meninggikan kos jer simpan plant shah alam tu…staf p1 yg kaki enjoy xleh pisah dgn maksiat klang valley boleh apply keje lain.


  • Masalahnya jualan proton kurang memberangkan,kilang di tanjung malim punya la besar tapi berapa pengeluaran sehari,kat shah alam yg membazir ke atau pun tanjung malim,tg malim 5 kali ganda besat dari shah alam,jadi adakah bijak pindah ke tanjung malim dgn pengeluaran sekarang ni….


  • Salah satu syarat yang terkandung dalam pinjaman mudah 1.5b antaranya adalah mencari rakan strategik asing melibatkan perpindahan share dan kuasa pentadbiran asing jika perlu

    Tidak dinyatakan secara terperinci jumlah atau peratusan share tersebut, kemunkinan besar pengerusi atau CEO bakal digantikan lagi oleh orang asing yang berkaitan dengan pengabilalihan share tersebut

    Kuasa pentadbiran atau kuasa eksekutif perlu diserahkan kepada rakan strategik asing yang baru dengan bersyarat

    tertakluk kepada perubahan


  • mungkin satu perkembangan yang terbaik..Proton mesti mengakui busines planning sekarang tidak meletakkan Proton di tempat yang sepatutnya…Perubahan mesti dilakukan demi,survival satu2 nya manufacturer car di ASEAN…yang lain semua jenama luar….


  • Jual je kat company China, Geely. Semua pun jual ke company China, Bandar Malaysia, stesen janakuasa. Agak2 la kan, kalau China tuntut Laut China Selatan pun jual juga kot.

Leave a Reply