SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan model sedan segment-B dengan reka bentuk fastback coupe, terbesar dalam kelasnya, iaitu MG5 serba baharu.
Ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja, MG5 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu dijual pada harga RM93,900 tidak termasuk insurans.
Namun, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 MG, pelanggan akan ditawarkan dengan rebat eksklusif bernilai RM7,000 sekali gus menjadikan harga jualannya hanya RM86,900.
MG5 hadir dengan pakej jaminan komprehensif, termasuk 5 tahun Jaminan Tanpa Had Perbatuan untuk kenderaan, serta 7 tahun Jaminan Tanpa Had Perbatuan untuk sistem rangkaian kuasa (enjin dan transmisi).
Lima pilihan warna menarik ditawarkan untuk model MG5, iaitu Nuclear Yellow, Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl, dan Camden Grey.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, Emory QiFeng, MG5 menawarkan reka bentuk yang sporty dan bergaya, ruang dalaman yang luas, serta ciri-ciri keselamatan canggih, MG Pilot.
Dari segi dimensi MG5 berukuran 4,675mm panjang, 1,842mm lebar, 1,480 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,680mm. Ini menjadikannya model segmen B yang terpanjang dan terlebar dalam segmennya setakat ini.
Reka bentuk luaran MG5 menampilkan gaya sebuah fastback coupe dengan ciri-ciri rekaan yang sporty seperti, jeriji hadapan 3D yang agresif, spoiler ‘ekor itik’, lampu LED automatik dengan lampu siang (DRL), roda aloi Tomahawk bersaiz 17-inci serta bumbung suria elektrik,
Ruangan kabin MG5 dilengkapi dengan kokpit maya LCD bersaiz 7-inci digital sepenuhnya, sistem inforia rekaan terapung 10.25-inci dengan Apple Carplay dan Android Auto, serta stereng kulit tiga jejari dengan kawalan bersepadu.
Selain itu, MG5 turut dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit hitam dengan aksen merah, tempat duduk pemandu larasan elektrik 6 arah dengan sokongan lumbar manual, kamera pandangan 360˚, 6 pembesar suara, 3 port USB dan pendingin hawa digital zon tunggal dengan penapis udara PM 2.5.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Di bawah hudnya pula, MG5 dikuasakan oleh enjin petrol DOHC 4-silinder 16 injap VTi-tech yang menghasilkan 114PS dan 150Nm daya kilas.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik iCVT 8-kelajuan. Pemilik tidak perlu bimbang kerana rangkaian kuasa ini telah melalui ujian ketahanan sejauh 2.35 juta kilometer!
Dari aspek keselamatan, MG5 dilengkapi dengan sistem keselamatan bantuan pemandu termaju MG Pilot yang merangkumi:
- Amaran Tukar Lorong
- Bantuan Tukar Lorong
- Pengesanan Titik Buta
- Amaran Perlanggaran Belakang
- Amaran Lintasan Belakang
Ia turut didatangkan serta sistem keselamatan standard seperti Program Kestabilan Elektronik, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Daya Tarikan dan Brek Semasa Membelok, serta 6 beg udara SRS.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI