ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saksikan Hilux baharu di Toyota WOW Road Tour!

Views

Siri jelajah Toyota WOW kini kembali lagi! Ia bermula dari 26 Mac hingga 10 April di enam lokasi terpilih dan paling menarik edisi kali ini menyaksikan model terbaharu Hilux bakal dipamerkan di sana.

“Penganjuran Toyota WOW Road Tour diteruskan untuk tahun keduanya kerana menerima sambutan yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu. Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung mengenali dengan model Toyota sedia ada, malah mereka juga berpeluang melihat Toyota Hilux baharu di setiap lokasi jelajah,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota.

Siri jelajah Toyota WOW Road Tour akan bermula di Pusat Konvensyen Setia City pada 26-27 Mac, Batu Township Kawah Baru (MJC), Kuching (2-3 April), Juru Auto City Penang (2-3 April), Linear Park (berhampiran Aeon Tebrau) Johor Bahru (9-10 April), Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu (9-10 April) dan berakhir di RTC, Teman Kota Bharu (22-23 April).

006 Merdeka Poster 60x80

Di lokasi Toyota WOW Road Tour, pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan aksi Toyota Vios TRD Sportivo Rali dan Corolla Altis melakukan gymkhana di litar khas. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga disediakan seperti cabutan bertuah, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma bagi pelanggan Toyota, jualan barangan cenderahati Toyota dan lain-lain.

Pengunjung yang membeli mana-mana model baharu Toyota semasa siri jelajah berpeluang menyertai peraduan ‘Beli dan Menang’ dengan hadiah utamanya sebuah Toyota Corolla Altis 1.8G atau Vios TRD Sportivo. Selain itu juga, baucer e-Servis bernilai RM500 merupakan antara hadiah yang boleh dimenangi.

Peraduan ‘Pandu Uji dan Menang’ juga diadakan dengan 200 keping baucer membeli-belah bernilai RM500 untuk dimenangi oleh pengunjung yang bertuah. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari laman web www.toyota.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply