ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saksikan kehebatan Triton baharu di Pusat Konvensyen Setia City hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Ingin menyaksikan kehebatan Triton baharu? Jom ke acara Mitsubishi 4Sure pada 9-10 Mac 2019 (Sabtu-Ahad) di tapak letak kereta, Pusat Konvensyen Setia City mulai jam 10 pagi hingga 8 malam. Acara ini dibawakan khas kepada anda oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia.

Di sana anda boleh menyaksikan aksi juara dua kali Rali Dakar, Hiroshi Masuoka dari Jepun dan Atlet Sukan Permotoran Malaysia, Leona Chin! Mereka akan mempertontonkan keupayaan Triton baharu yang berpaksikan kepada empat teras utama 4Sure Handling USP iaitu : 4Sure Power; 4Sure Control; 4Sure Agility; 4Sure Safety.

Hiroshi Masuoka merupakan warga Jepun kedua yang pernah memenangi Rali Dakar pada tahun 2002 dengan memandu jentera Mitsubishi Pajero/Montero dan sekali lagi muncul juara pada tahun berikutnya. Mitsubishi Motors merupakan antara yang paling cemerlang dalam sejarah Rali Dakar dengan rekod kemenangan sebanyak 12 kali.

Leona pula mula menceburkan diri dalam sukan permotoran ketika berusia 20 tahun dan telah mendapat gelaran ‘drifter wanita’. Antara kejayaannya adalah memenangi anugerah Most Promising Female Motorsports Athlete di Asia Automotive Awards 2019 dan Most Inspiring Female Motorsports Athlete di PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) Awards.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Selain berpeluang menaiki Triton pada kelajuan tinggi bersama Hiroshi Masuoka dan Leona Chin, pengunjung juga boleh memandu uji trak pikap ini di litar off-road dengan permukaan tidak rata dan berlumpur yang direka khusus untuk menguji keupayaan sistem Mitsubishi Motors Super-Select 4WD II dan mod off-road.

Litar ini turut menampilkan cerun yang susuai untuk menguji sistem Kawalan Turun Bukit pada model tersebut. Pengunjung acara tersebut juga boleh mendapatkan beberapa hadiah dan tawaran istimewa, antaranya :

  • 1,000 pelanggan terawal yang memiliki Triton baharu akan menerima Thule Subterra Luggage edisi terhad yang bernilai RM2, 000.
  • Kad baucar petrol bernilai RM30 untuk 30 pemilik baharu yang menempah mana-mana model Mitsubishi.
  • Payung eksklusif Ralliart untuk pemilik baharu yang menempah mana-mana model Mitsubishi.
  • Kopi Starbucks PERCUMA untuk 100 peserta terawal yang berjaya melengkapkan kesemua tiga ujian (pemanduan dengan kelajuan tinggi, halangan off-road dan pandu uji off-road).
  • Pemenang peraduan foto/video 4Sure Thrill bakal menerima kad baucar petrol bernilai RM800, kad Touch & Go bernilai RM500 dan baucar Tesco bernilai RM300 bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM5, 000 bakal menanti!

Berikut adalah varian, harga dan pilihan warna yang ditawarkan untuk Triton baharu:

VarianHarga (RM)Warna
Triton Adventure X135,200.00White Diamond, Jet Black Mica
Triton AT Premium118,600.00White Diamond, Graphite Gray
Triton MT Premium112,500.00White Diamond, Graphite Gray
Triton AT105,990.00White Diamond, Sterling Silver
Triton MT100,200.00White Diamond, Sterling Silver

Jumpa anda di sana!

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply