ARKIB

KATEGORI

Buletin

Salah satu daripada 40 unit Bugatti Divo berharga RM24.3 juta ini dimiliki warga Malaysia!

Tular

Views

Semalam tular di media sosial beberapa foto hypercar Bugatti Divo berharga RM24.3 juta yang dimiliki oleh seorang warga Malaysia. Difahamkan Divo tersebut adalah kepunyaan pemilik dan pengasas, JPM Museo iaitu Chin Jit Pyng (JP Chin) yang juga pengumpul kereta dan motosikal.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Beliau kini telah memiliki lebih daripada 100 unit kereta dan motosikal, yang terdiri daripada model klasik, jentera lumba, kereta sport, kereta super/hyper dan juga beberapa buah motosikal. Hypercar terbaharunya ini juga merupakan antara model kereta termahal di dunia dan dikeluarkan dalam edisi terhad sebanyak 40 unit sahaja.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Divo diasaskan daripada model Chiron, dengan reka bentuk yang lebih radikal seakan sebuah kapal angkasa. Ia 34 kg lebih ringan berbanding Chiron berat keseluruhannya sekitar 1,941kg. Jentera ‘gologan kayangan’ ini dijana oleh enjin 8.0-liter W16 yang menghasilkan sekitar 1,500 kuasa kuda dan 1,600Nm daya kilas.

Enjin yang mewah dengan kuasa ini digandingkan pula dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang membolehkannya mencecah halaju 100km/j hanya dalam masa 2.4 saat dengan kelajuan maksima 380km/j. Walaubagaimanapun kelajuan maksimanya sedikit kurang berbanding Chiron, yang boleh memecut sehingga 420km/j, namun Divo memiliki pakej aerodinamik dan daya seretan yang lebih baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply