ARKIB

KATEGORI

Buletin

Salah satu daripada enam unit Ford Escort Mexico 1972 ini akan dilelong, harga bidaan cecah RM111,237

Berita Global

Views

Sebuah kereta klasik jenis Ford Escort Mexico kini dilelong pada harga bidaan mencecah £21,000 (RM111,237), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ford Escort Mexico keluaran tahun 1972 itu merupakan satu daripada hanya enam buah kereta model tersebut yang pernah dihasilkan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Meskipun kebanyakan model tersebut mempunyai dua pintu, enam daripadanya mempunyai empat pintu tulen yang dipasang secara rasmi.

Seorang pakar kereta Escort, Dan Williamson menerusi bukunya yang bertajuk Factory Original Sporting Mk1 Escorts berkata, sebuah Ford Escort Mexico dengan empat pintu dikekalkan oleh Ford, sebuah lagi dijual kepada seorang pelanggan manakala empat lagi digunakan sebagai kereta polis di Jersey, England.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kesemua kenderaan itu mempunyai spesifikasi penuh model Mexico dan dikuasakan oleh enjin Crossflow 1.6 liter. Sementara model yang akan dilelong itu telah dibaik pulih sepenuhnya dan dikatakan berada dalam keadaan seperti disimpan di muzium.

Ia mempunyai jarak pemanduan kurang 59,546 kilometer dan berwarna coklat metalik. Lelongan yang dijalankan oleh laman jualan kereta dalam talian, Bidding Classics itu berlangsung sehingga 22 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply