ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Salah seorang krew pasukan McLaren positif COVID-19, Grand Prix Australia dibatalkan!

Sukan Permotoran

Views

Ini berita yang baharu diterima. Laman sesawang rasmi Formula1.com melaporkan, perlumbaan pembuka tirai musim baharu Formula 1 tahun 2020, Grand Prix Australia telah dibatalkan. Ia berikutan pengumuman dari pasukan McLaren yang menarik diri setelah salah seorang daripada krew pasukannya didapati positif COVID-19.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Formula 1, FIA dan Australian Grand Prix Corporation (AGPC) memaklumkan, susulan daripada pengesahan salah seorang ahli pasukan McLaren Racing Team yang positif COVID-19 dan keputusan pasukan tersebut untuk menarik diri dari Grand Prix Australia, Formula 1 dan FIA telah bermesyuarat dengan sembilan lagi ketua pasukan pada petang Khamis. Perbincangan dimuktamadkan dengan pandangan majoriti pasukan bahawa perlumbaan itu tidak perlu untuk diteruskan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Formula 1 dan FIA dengan sokongan penuh AGPC telah membuat keputusan bahawa semua aktiviti Formula 1 untuk Grand Prix Australia telah dibatalkan. Mereka sedar ini adalah berita yang sangat mengecewakan bagi ribuan peminat yang ingin menyaksikan perlumbaan dan semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh dan pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pihak perlu menghargai usaha keras AGPC, Motorsport Australia, kakitangan dan sukarelawan untuk merealisasikan pusingan pembukaan Kejohanan Dunia FIA Formula Satu 2020 di Melbourne, namun keputusan yang dibuat telah mengambil kira faktor keselamatan semua warga Formula 1 dan komuniti, selain keadilan persaingan yang perlu diberi keutamaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply