Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, melaporkan sebanyak 874 buah kereta dibakar pada acara-acara sambutan tahun baharu di seluruh negara itu, berkurang berbanding 1,316 kes dicatatkan sebelum pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.
Menurut K! ONLINE, angka bagi tahun 2020 bagaimanapun tidak dapat dibandingkan disebabkan perintah berkurung yang dikenakan yang mengehadkan pergerakan penduduk.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Menurut Darmanin, pujian perlu diberikan kepada penguatkuasa undang-undang dan anggota bomba kerana pantas mengawal kebakaran.
Katanya, polis melakukan sebanyak 441 tangkapan, yang meningkat berbanding 376 pada 2019 serta menempatkan 381 orang dalam tahanan, juga lebih banyak berbanding 314 pada 2019.
Sama seperti di beberapa buah negara, sebilangan Perancis membakar kereta ketika sambutan tahun baharu disebabkan beberapa perkara termasuk kumpulan yang menyembunyikan jenayah mereka serta membuat tuntutan insurans palsu.
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
Aktiviti tersebut mula menjadi ‘tradisi’ menyambut tahun baharu di negara itu dalam kalangan remaja sekitar 1990-an di sebuah kawasan kejiranan yang miskin sekitar Strasbourg.
Dalam pada itu, di bandar Strasbourg, 31 individu telah ditahan untuk disoal siasat selepas membakar tong sampah dan kenderaan, lapor stesen penyiaran CNN.
Antaranya termasuk enam remaja bawah umur yang melanggar perintah berkurung manakala selebihnya disoal siasat atas dakwaan membakar, lapor pihak berkuasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
KOMEN TERKINI