ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sanggup berhabis RM60k demi Mercedes vintaj kesayangan

Berita Tempatan

Views

Bukan sedikit modal dilabur untuk membaik pulih kereta vintaj namun ketiga-tiga pemilik ini sanggup mengeluarkan perbelanjaan demi kepuasan memiliki kereta lama.

Menurut Harian Metro, doktor pakar, M Prakash, 40, yang memiliki empat kereta Mercedes-Benz vintaj, beliau sanggup melabur RM60,000 bagi kos baik pulih sebuah kereta dibelinya.

Katanya, dia memiliki Mercedes tahun 1972, Mercedes 280 SL R107, Mercedes Benz W115 tahun 1975 dan Mercedes 300 CE tahun 1988. Tiga daripadanya sudah mempunyai sijil vintaj manakala satu lagi dalam proses permohonan.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dr Prakash berkata, kebanyakan kereta vintaj memerlukan penambahbaikan terutama enjin. Jelasnya, memang ambil masa untuk dapat sijil kerana kita perlu buat pembaikan supaya kereta berada dalam keadaan tip-top,.

Tambahnya, tempoh pembaikan mengambil masa enam bulan hingga dua tahun. Pendapat sama turut dikongsi ahli perniagaan, Dr K Paramasivan, 64, yang memiliki lima kereta vintaj iaitu Mercedes W107, Mercedes W124, Mini Clubman 1972, Volkswagen Beetle 1970 dan Volvo 240se.

Menurutnya, dia paling menyayangi Mercedes kerana keunikan luar biasa dengan tempat duduk yang luas. Dia memiliki semua kereta ini lebih 10 tahun dan empat kereta lagi belum mohon status vintaj kerana kekangan masa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Penjagaan kereta vintaj ini bahagian perlu difikirkan kerana ia perlu diletakkan di tempat berbumbung dan memerlukan kawalan rapi kerana pencuri suka mengambil komponen kereta lama. Menurutnya, kereta vintaj juga tidak boleh dibiarkan berjemur di bawah cahaya matahari kerana boleh rosak dan memerlukan garaj khas.

Tambahnya, sebagai pemilik kereta vintaj juga adalah satu pelaburan, ia boleh dibeli dan dijual jika ada tawaran harga yang bagus. Pengurus pengedaran akhbar, D Mohana, 42, berkata, dia yang memiliki kereta vintaj berusia 55 tahun iaitu Volvo 122S Wagon buatan 1966 menyifatkan kereta lama sebagai koleksi.

Katanya, dia membeli kereta tersebut daripada seorang mekanik pada harga RM75,000 dan memang suka dengan kereta klasik daripada dulu disebabkan bapanya juga seorang pengumpul kereta lama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply