Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang membuka kertas siasatan berhubung isu dua video tular mengenai ‘pembuli jalanan‘ yang berlaku di Jalan Putatan, di Penampang.
Menurut Harian Metro, dua video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu dipercayai dimuat naik oleh pasangan Youtuber di sosial media pada 24 Oktober lalu.
Dalam rakaman kedua-dua video itu memaparkan perilaku pemandu kereta Perodua Myvi sedang membuli pemandu Proton Persona dengan cara kekerasan.
Rakaman itu memaparkan pemandu Perodua Myvi menggunakan senjata dipercayai besi untuk memukul Proton Pesona hingga bahagian depan rosak. Pemandu Proton Persona yang juga seorang Youtuber cuba keluar dari kenderaan namun dihalang oleh isterinya.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Katanya, hasil siasatan Polis terhadap pemilik akaun media sosial itu, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk ‘content‘ di media sosial. Ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah ‘viewer‘ yang tinggi.
Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sehubungan itu, Mohd Haris mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik kandungan dan berkongsi di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI