ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saran ‘haramkan’ kapcai berpresasi tinggi – Acryl Sani

Berita Tempatan

Views

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melahirkan kebimbangan terhadap lambakan motosikal “kapcai” lincah berprestasi tinggi sejak akhir-akhir ini.

Menurut portal Free Malaysia Today, beliau berkata, kehadiran kapcai laju itu adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya. Katanya, kapcai laju adalah antara penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit.

Beliau juga menyarankan model kapcai lincah yang berkemampuan tinggi yang ditunggang melebihi had laju wajib itu dilarang berada di jalan raya serta penjualannya di pasaran diharamkan.

Saranan Acryl Sani itu adalah susulan pendedahan beberapa portal berita automotif tempatan yang melaporkan keterujaan peminat permotoran terhadap motosikal tersebut.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ia selepas tersebarnya video mengenai model keluaran terbaru, iaitu Suzuki Raider R150 Fi, juga dikenali dalam kalangan peminat motosikal sebagai ‘Si Belang’, yang mencecah kelajuan 177 km/j melalui ujian terkini mesin “dyno”.

Tegas Acryl Sani, kapcai seperti ini wajib diharamkan di Malaysia kerana tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j (di lebuh raya).

Menerusi ujian teliti pada mesin “dyno”, motosikal kapcai yang dipasarkan dengan harga RM8,173 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) itu, menunjukkan ‘Si Belang’ mampu merekodkan kelajuan maksimum antara 150 km/j hingga 160 km/j.

Mesin “dyno” adalah sebuah peranti yang mengukur daya, daya kilas atau kuasa sesebuah kenderaan. Dalam pada itu, Acryl Sani menggesa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) memainkan peranan utama mengkaji arah tuju permotoran serta merangka polisi motosikal selamat pada masa hadapan.

Katanya, Miros perlu menjadi badan pendesak. Statistik nahas setakat Ogos tahun lalu menunjukkan bahawa bagi setiap 10 orang yang maut di jalan raya, tujuh merupakan pengguna motosikal dengan majoriti kematian adalah terdiri daripada pengguna kapcai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Sejak 2019, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancarkan “perang” ke atas kapcai popular Yamaha 15ZR atau lebih dikenali sebagai Y-Suku yang dikatakan mampu mencecah kelajuan 160 km/j setelah diubah suai dan kerap digunakan sebagai kenderaan lumba haram.

Pada mesyuarat agung tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya tiga tahun lalu, seorang pegawai kanan JSPT mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan agar kategori pelesenan motosikal B3 yang baharu diwujudkan untuk golongan belia dengan hanya dibenarkan menunggang motosikal elektrik berkuasa rendah atau motosikal “pembakaran” 100cc ke bawah menjelang 2025.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bakri Zainal Abidin berkata, jika kita mempunyai kategori pemegang lesen baharu ini, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa dan akan memanfaatkan negara.

Jika kita mempunyai dasar jangka panjang bagi mengawal kumpulan sasaran 16 hingga 25 tahun dan membentuk budaya baharu untuk mereka hanya menunggang motosikal berkuasa rendah.

Enam bulan lalu, seorang perancang pengangkutan menyarankan agar motosikal kapcai “underbone” dihentikan penjualannya di pasaran secara berperingkat dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah bagi membendung kematian dan nahas jalan raya yang tinggi dalam kalangan pengguna motosikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply