Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, pihaknya telah menyediakan peralatan untuk para pesakit yang perlu menjalani sesi rawatan rehabilisasi iaitu Driving Rehabilitation Service, yang telah pun dirasmikan baru-baru ini.
Driving Rehabilitation Service adalah yang pertama seumpamanya di Hospital Pengajar UIAM zon Pantai Timur. Simulator tersebut ditempatkan di Unit Rehabilitasi [email protected] dan dikendalikan oleh tenaga-tenaga pakar sebagai salah satu alat untuk kegunaan pesakit sebagai rawatan rehabilitasi.
Perkhidmatan ini adalah bidang khusus yang dilaksanakan oleh Jurupulih Perubatan (Carakerja) untuk menilai tahap keupayaan individu atau pesakit untuk kembali memandu selepas kecederaan, penyakit atau hilang keupayaan.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Selain itu juga SASMEC @IIUM adalah Hospital Pengajar pertama yang membuat penilaian Off Road menggunakan Driving Simulator di Pantai Timur.
Penilaian dapat dilakukan kepada pesakit dengan lebih tepat dari segi kemahiran mengendalikan kenderaan dan juga kepantasan dalam bertindak serta dapat melatih pesakit untuk lebih berkeyakinan dalam pemanduan.
Perkhidmatan ini bermula pada 2019 dan telah menerima rujukan daripada Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang. Kelulusan untuk wujudkan perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada Pelan Strategik SASMEC @IIUM 2021-2022.
Malah beberapa kakitangan Unit Rehabilitasi telah menjalani latihan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk merawat pesakit yang memerlukan rawatan tersebut.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Jurupulih Perubatan (carakerja) bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan rawatan secara holistik yang merangkumi aspek pengurusan aktiviti harian, bermain dan juga rekreasi, serta berkemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan ini selain memberi cadangan untuk pengubahsuaian yang sesuai dengan keperluan pesakit.
Menurut Pengarah Hospital SASMEC @IIUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Saufi Awang, dengan adanya simulator ini ia dapat membantu para pesakit yang memerlukan rawatan tersebut dan dalam masa yang sama SASMEC @IIUM dapat meluaskan lagi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang memerlukan.
Ujar beliau, Driving Rehabilitation Service ini bakal menjadi kelebihan dan peluang kepada Unit Rehabilitasi, SASMEC @IIUM untuk meluaskan perkhidmatan kepada masyarakat dan menjadi perintis dalam memacu bidang pemulihan di Wilayah Pantai Timur.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang, Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Pengarah Hospital Pekan, Dr. Fadilla Norli Muhammad serta Pegawai-pegawai Kanan SASMEC @IIUM.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Sultan Ahmad Shah Medical Centre
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI